PERANAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP KEPERLUAN ASAS PSIKOLOGI: TUMPUAN KEPADA KEPUASAN RASA KECEKAPAN DIRI PELAJAR

Authors

  • Norkhafizah Yussuf Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Hazalizah Hamzah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Razimi Husin Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Iklim sekolah memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan rasa kecekapan pelajar. Iklim sekolah yang terdiri dari sokongan rakan sebaya, guru, pihak sekolah, penerimaan kepelbagaian budaya, peraturan yang jelas, dan melaporkan serta mendapatkan pertolongan merupakan elemen yang dikaji bagi memahami peranannya terhadap terhadap kepuasan rasa kecekapan pelajar. Data yang diperolehi dari pensampelan berstrata yang melibatkan seramai 361 pelajar sekolah menengah di daerah Hilir Perak dianalisis menggunakan pendekatan multivariate yang menglibatkan penggunaan teknik Structural equation modeling (SEM). Penemuan yang diperolehi menunjukkan hanya dimensi pihak sekolah, rakan sebaya dan peraturan yang jelas sahaja menyumbang kepada kepuasan rasa kecekapan pelajar. Justeru pemegang taruh seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu meneliti semula keberkesanan program-program yang dilaksana supaya ia dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norkhafizah Yussuf, Hazalizah Hamzah, & Razimi Husin. (2024). PERANAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP KEPERLUAN ASAS PSIKOLOGI: TUMPUAN KEPADA KEPUASAN RASA KECEKAPAN DIRI PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3563