PENDIDIKAN DAN JARINGAN SOSIAL KANAK-KANAK TIADA KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL, SEMPORNA SABAH

Authors

  • Norsaherah Nabtalian Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Badariah Saibeh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Pendidikan kanak-kanak tiada kewarganegaraan di sekolah kerajaan kini tidak asing lagi di negara Malaysia kerana Reject Zero Policy yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2018. Untuk melihat bagaimana pendidikan kanak-kanak tiada kewarganegaraan di sekolah kerajaan, artikel ini menggunakan jaringan sosial sebagai unit analisis bagi melihat bagaimana jaringan sosial yang berlaku dalam kemasukan kanak-kanak tiada kewarganegaraan dalam pendidikan kebangsaan khususnya di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, Semporna. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual secara mendalam dan pemerhatian sebagai kaedah kajian untuk kutipan data pada hujung bulan Januari, 2022 sehingga awal bulan April, 2022. Hasil kajian mendapati bahawa jaringan sosial yang berlaku dalam kemasukan kanak-kanak tiada kewarganegaraan melibatkan hubungan individu dengan organisasi. Hal ini kerana, ibu bapa yang mewakili kanak-kanak tiada kewarganegaraan menguruskan kemasukan anaknya ke sekolah kebangsaan dengan berjumpa dan melalui guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul termasuk guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan ketua kampung Pulau Mabul. Jaringan sosial yang wujud melalui organisasi sangat membantu ibu bapa tiada kewarganegaraan memudahkan pengurusan kemasukan anak dalam pendidikan kebangsaan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan bagaimana jaringan sosial yang berlaku dalam kemasukan kanak-kanak tiada kewarganegaraan di sekolah kebangsaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norsaherah Nabtalian, & Badariah Saibeh. (2024). PENDIDIKAN DAN JARINGAN SOSIAL KANAK-KANAK TIADA KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL, SEMPORNA SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3586