KURIKULUM DI PUSAT PEMBELAJARAN ALTERNATIF: KAJIAN KES DI PULAU MABUL SABAH
Abstract
Pendidikan adalah hak individu yang perlu dipenuhi dan diberikan kepada setiap individu. Namun, pemberian pendidikan di sesebuah negara bergantung kepada undang-undang di negara tersebut. Di Malaysia pemberian pendidikan adalah berasaskan akta pendidikan 1996 yang menekankan hak pendidikan kepada yang memiliki dokumen pengenalan diri berstatus warganegara sahaja. Oleh itu, wujudnya pendidikan lain selain pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan alternatif. Kajian ini ingin mengetahui kurikulum pusat pembelajaran alternatif yang terdapat di Pulau Mabul. Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Lokasi kajian ini adalah Pulau Mabul, Semporna. Hasil Kajian mendapati terdapat lima pusat pembelajaran alternatif di Pulau Mabul dengan pengasas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), orang persendirian dan masyarakat setempat. Kurikulum di pusat pembelajaran ini menggunakan subjek kurikulum kebangsaan tetapi silibus mata pelajaran tersebut tidak disediakan oleh kerajaan tetapi disediakan oleh tenaga pengajar sendiri. Matlamat penubuhan pusat pembelajaran alternatif ini sendiri adalah untuk memberikan pendidikan diperingkat asas sahaja iaitu pengetahuan membaca, menulis dan mengira (3M). Walau bagaimanapun, mereka masih menggunakan rujukan-rujukan pendidikan yang terdapat di Malaysia. Seterusnya, jadual pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan daripada isnin hingga ahad dimana pada isnin hingga khamis adalah pusat pembelajaran biasa dan jumaat hingga ahad adalah waktu madrasah yang bermula daripada jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi bagi sesi pagi dan bagi sesi petang akan bermula pada jam 1.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Pendidikan alternatif telah memberikan kesempatan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan dan memperbaiki kehidupan pada masa akan datang. Oleh itu, ketepatan kurikulum yang dilaksanakan didalam pusat pembelajaran alternatif akan mempengaruhi kejayaan program pendidikan yang dilaksanakan di Pulau Mabul. Kemahiran kendiri amat penting dalam aspek bertahan hidup dalam konteks kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan akhirnya dapat membantu kanak-kanak ini bertahan hidup dengan kemahiran mereka.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Afifah Gamiring@Hajinin, & Badariah Saibeh. (2024). KURIKULUM DI PUSAT PEMBELAJARAN ALTERNATIF: KAJIAN KES DI PULAU MABUL SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3587
Issue
Section
Articles