KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SASTERA ARAB MENGGUNAKAN APLIKASI TEKNOLOGI DI KALANGAN PENUTUR BUKAN ARAB DI UIAM

Authors

  • Rahmah Ahmad H. Osman AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan; International Institute of Islami
  • Usman Jaffer AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan; International Institute of Islami
  • Nurulaniza Mohamad Noor Prof Arab, Online Arabic Tutoring Centre
  • Batrisha Norhamizi AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Mal
  • Najibah Fatini Kamaldin AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Mal
  • Ahmad Ragheb Mahmoud School of Education, Flinders University, South Australia
  • Ahmad Zaki Amiruddin Centre for Language Studies and Generic Development, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merungkai keberkesanan pembelajaran sastera Arab menggunakan Aplikasi Teknologi di kalangan penutur bukan arab. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah tinjauan dan kaedah analisis. 51 pelajar Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik bagi mencapai tiga objektif kajian; mengenal pasti aplikasi teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sastera Arab, mengkaji cabaran yang dihadapi dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam pembelajaran sastera Arab, dan meneroka kesan pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi. Keputusan soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian komputer (SPSS). Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen tersebut adalah 0.82. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat 7 aplikasi teknologi yang digunakan dalam pembelajaran sastera Arab iaitu Youtube, Facebook, Microsoft Team, Google Classroom, Diwan, Padlet dan Zoom. Sehubungan dengan itu, cabaran utama para pelajar dalam pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi adalah kurang fokus dan capaian internet yang lemah. Namun, mereka mendapati bahawa kesan utama yang diperolehi daripada aplikasi teknologi dalam pembelajaran sastera Arab adalah ia telah memudahkan para pelajar untuk menelaah semua bahan rujukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Rahmah Ahmad H. Osman, Usman Jaffer, Nurulaniza Mohamad Noor, Batrisha Norhamizi, Najibah Fatini Kamaldin, Ahmad Ragheb Mahmoud, & Ahmad Zaki Amiruddin. (2024). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SASTERA ARAB MENGGUNAKAN APLIKASI TEKNOLOGI DI KALANGAN PENUTUR BUKAN ARAB DI UIAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3596