ANALISIS KEFAHAMAN IBU BAPA TERHADAP FAKTOR PERUBAHAN SIKAP BELIA BERDASARKAN VIDEO PENYALAHGUNAAN DADAH DI YOUTUBE
Abstract
Kajian ini telah memberi gambaran sebenar tentang isu penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara ini yang menyedarkan ibu bapa tentang peranan mereka dalam membentuk sebuah keluarga bebas dadah. Percambahan maklumat di media sosial yang dapat diakses dengan mudah turut memberi impak terhadap isu tersebut. Sungguhpun begitu, media sosial seperti YouTube tidak terkecuali dalam usaha mengatasi isu penyalahgunaan dadah menerusi pemaparan pelbagai video berkenaan penyalahgunaan dadah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman ibu bapa terhadap faktor perubahan sikap yang terdapat di dalam video penyalahgunaan dadah di YouTube. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual semi-struktur dilaksanakan ke atas ibu bapa bagi mencapai objektif kajian. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik dengan bantuan aplikasi QSR NVivo.¬ Hasil kajian menunjukkan kefahaman ibu bapa terhadap faktor yang mempengaruhi perubahan sikap belia berdasarkan paparan video penyalahgunaan dadah terdiri daripada YouTube sebagai sumber motivasi, sokongan ahli keluarga, dan YouTube dapat mempengaruhi sikap pengguna.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Azlina Kamaruddin, & Mohamad Irfan Shahruddin. (2024). ANALISIS KEFAHAMAN IBU BAPA TERHADAP FAKTOR PERUBAHAN SIKAP BELIA BERDASARKAN VIDEO PENYALAHGUNAAN DADAH DI YOUTUBE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3601
Issue
Section
Articles