KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: ADAKAH SIKAP, KEMAHIRAN DAN PERSEKITARAN MEMBENTUK KEINGINAN

Authors

  • Nishanti Hari Chandra Rao Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Radin Siti Aishah Radin A Rahman Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Norasmah Othman Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan sikap, kemahiran, persekitaran dengan keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA). Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 380 orang pelajar menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 secara deskriptif dan inferensi. Seterusnya, isntrumen kajian telah melalui proses kesahan kandungan dan hasil ujian rintis menunjukkan nilai alpha Cronbach antara 0.74 hingga 0.92. Dapatan kajian menunjukkan keinginan keusahawanan pelajar berada pada tahap tinggi. Sementara itu, sikap, kemahiran serta persekitaran menunjukkan tahap sederhana tinggi. Analsis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dengan tahap hubungan kekuatan adalah kuat antara sikap, kemahiran serta persekitaran dengan keinginan keusahawanan. Secara keseluruhannya, pelajar UA didapati mempunyai keinginan keusahawanan, mereka hanya perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran, sikap dan keadaan persekitaran yang kondusif supaya mereka dapat membina pemiliran dan keinginan keusahawanan dalam diri mereka. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi teori tingkah laku terancang Ajzen (1991) dan memberi panduan kepada pihak pengurusan Universiti Awam untuk merancang pelan tindakan keusahawanan secara intensif kepada pelajar sebelum mereka bergraduasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nishanti Hari Chandra Rao, Radin Siti Aishah Radin A Rahman, & Norasmah Othman. (2024). KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: ADAKAH SIKAP, KEMAHIRAN DAN PERSEKITARAN MEMBENTUK KEINGINAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3602