PENGHASILAN DAN KEBERKESANAN MODUL PEMBELAJARAN PENGATURACARAAN PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP MOTIVASI, EFIKASI KENDIRI DAN PENCAPAIAN
TO PRODUCE AND EFFECTIVENESS OF LEARNING MODULES FOR POLYTECHNIC STUDENTS ON MOTIVATION, SELF-EFFICACY AND ACHIEVEMENT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057025Keywords:
Modul Pembelajaran Pengaturcaraan (Programming Learning Modules), Motivasi (Motivation), Efikasi Kendiri (Self-efficacy)Abstract
Kajian ini bertujuan menghasilkan dan menilai kesan modul pembelajaran pengaturcaraan terhadap pencapaian, motivasi dan efikasi kendiri pelajar politeknik dalam kursus pengaturcaraan. Pembinaan modul pembelajaran multimedia berdasarkan model ADDIE. Kajian ini mengkaji perbezaan antara ujian pra dan ujian pos bagi efikasi kendiri kepada pelajar politeknik bagi kumpulan rawatan dan kawalan, mengkaji perbezaan antara ujian pra dan ujian pos bagi motivasi kepada pelajar politeknik bagi kumpulan rawatan dan kawalan, mengkaji perbezaan antara ujian pra dan ujian pos bagi pencapaian kepada pelajar politeknik bagi kumpulan rawatan dan kawalan, mengkaji perbezaan antara ujian pra dan ujian pos bagi motivasi kepada pelajar politeknik bagi kumpulan rawatan dan kawalan dan mengenalpasti kesan efikasi kendiri yang menjadi mediator antara hubungan motivasi dan pencapaian yang berbantukan modul pembelajaran multimedia Java Quantum Quest dan lembaran kerja. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 80 pelajar semester 3 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mengambil kursus DFC3033 Pengaturcaraan Berorientasikan Objek di empat buah politeknik. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dalam kajian ini iaitu Instructional Materials Motivational Scale (IMMS) bagi mengukur tahap motivasi pelajar, ujian pra dan ujian pos bagi melihat pencapaian pelajar. Manakala, soal selidik Efikasi Kendiri Pengaturcaraan Komputer (CPSES) bagi mengukur efikasi kendiri pelajar. Analisi data kajian ini menggunakan Ujian-T sampel berpasangan dan mediator analisis menggunakan ujian Process. Hasil dapatan mendapati bagi objektif pertama, kumpulan rawatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam efikasi kendiri dalam kumpulan rawatan selepas intervensi, manakala bagi kumpulan kawalan menunjukkan perubahan ketara dalam efikasi kendiri dalam kumpulan kawalan. Objektif kedua, kumpulan rawatan menunjukan terdapat peningkatan yang ketara dalam tahap motivasi daripada ujian pra kepada ujian pasca dalam kumpulan rawatan, manakala bagi kumpulan kawalan juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tahap motivasi daripada ujian pra kepada ujian pasca dalam kumpulan kawalan. Objektif ketiga, kumpulan rawatan menunjukan terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap pencapaian daripada ujian pra kepada ujian pasca dalam kumpulan rawatan, manakala bagi kumpulan kawalan juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tahap pencapaian daripada ujian pra kepada ujian pasca dalam kumpulan kawalan. Objektif keempat, efikasi kendiri tidak menjadi mediator antara motivasi dan pencapaian dalam kajian ini. Modul pengajaran ini dibangunkan adalah bertujuan untuk dijadikan bahan bantu mengajar bagi tenaga pengajar. Selain itu ia dapat membantu pelajar Politeknik Malaysia menguasai konsep dan meningkatkan kemahiran kursus pengaturcaraan.
This study aims to produce and evaluate the effects of programming learning modules on the achievement, motivation and self-efficacy of polytechnic students in programming courses. Construction of a multimedia learning module based on the ADDIE model. This study examines the difference between pre-test and post-test for self-efficacy to polytechnic students for treatment and control groups, examines the difference between pre-test and post-test for motivation for polytechnic students for treatment and control groups, examines the difference between pre-test and post-test for achievement to polytechnic students for the treatment and control groups, examine the difference between pre-test and post-test for motivation to polytechnic students for the treatment and control groups and identify the effect of self-efficacy as a mediator between the relationship between motivation and achievement with the help of Java Quantum Quest multimedia learning modules and worksheets. A quantitative approach with a quasi-experimental design was used in this study. The selection of research subjects was carried out by sampling to involve 80 semester 3 students of the Department of Information and Communication Technology who took the course DFC3033 Object Oriented Programming at four polytechnics. The instrument used to obtain data in this study is the Instructional Materials Motivational Scale (IMMS) to measure the level of student motivation, pre-test and post-test to see student achievement. Meanwhile, the Computer Programming Self-Efficacy (CPSES) questionnaire to measure student self-efficacy. The data analysis of this study uses the paired sample T-Test and mediator analysis using the Sobel Test. The results found for objective first; the treatment group showed that there was a significant increase in self-efficacy in the treatment group after the intervention, while the control group showed a significant change in self-efficacy in the control group. Objective second, the treatment group showed a significant increase in the level of motivation from the pre-test to the post-test in the treatment group, while the control group also showed a significant increase in the level of motivation from the pre-test to the post-test in the control group. Objective third, the treatment group showed that there was a significant difference in the level of achievement from the pre-test to the post-test in the treatment group, while the control group also showed a significant increase in the level of achievement from the pre-test to the post-test in the control group. Finally, objective forth, self-efficacy is not a mediator between motivation and achievement in this study. This teaching module was developed to be used as a teaching aid for teachers. In addition, it can help Polytechnic Malaysia students master the concepts and improve programming course skills.