KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN YANG MENGUKUR PENDIDIKAN DIGITAL GURU
VALIDITY AND RELIABILITY OF AN INSTRUMENT MEASURING TEACHER DIGITAL EDUCATION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057034Keywords:
Pendidikan Digital (Digital Education), Kesahan (Validity), Kebolehpercayaan (Reliability)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pengukuran Pendidikan Digital (DEMI) bagi menilai tahap pendidikan digital dalam kalangan guru. Pendidikan digital merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walaupun teknologi semakin diterapkan dalam PdP, namun laporan Dasar Pendidikan Digital KPM (2023) menunjukkan bahawa lebih separuh daripada guru-guru masih berada pada tahap asas dalam kompetensi digital dan ini akan memberi kesan langsung yang berpotensi menjejaskan keberkesanan pembelajaran. Tambahan pula instrumen sedia ada kurang menekankan elemen nilai dan pengintegrasian PdP dalam satu kerangka, sekali gus mewujudkan keperluan untuk satu alat ukur yang lebih komprehensif dihasilkan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif serta kaedah persampelan bertujuan, di mana data dikumpul melalui pentadbiran instrumen Digital Education Measurement Instrument (DEMI) kepada 173 orang guru. DEMI terdiri daripada empat konstruk utama: Pengetahuan Teknologi Digital (PTD), Kemahiran Teknologi Digital (KTD), Nilai Mengguna Teknologi Digital (NTD) dan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Teknologi Digital (PdPTD). Hasil Analisis Faktor Eksploratori (EFA) menggunakan Analisis Komponen Utama (PCA) dengan putaran Varimax mengenal pasti empat faktor utama menerangkan 72.24% daripada keseluruhan varians. Nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) adalah 0.87, menunjukkan pengukur kecukupan sampel adalah tinggi, manakala pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.92, menandakan kestabilan dalaman yang kukuh. Dua item digugurkan dalam proses analisis ini, menjadikan 100 item bersedia untuk fasa seterusnya. Hasil kajian ini menyokong penggunaan DEMI sebagai instrumen yang sah dan boleh dipercayai bagi menilai tahap pendidikan digital dalam kalangan guru.
This study aims to measure the validity and reliability of the Digital Education Measurement Instrument (DEMI) in assessing the level of digital education among teachers. Digital education encompasses aspects of knowledge, skills, values, and the integration of technology in teaching and learning (T&L). Although technology is increasingly being integrated into T&L, the Ministry of Education Malaysia’s Digital Education Policy report (2023) indicates that more than half of the teachers remain at a basic level of digital competency, which could directly impact learning effectiveness. Moreover, existing instruments place less emphasis on value elements and the integration of T&L within a single framework, highlighting the need for a more comprehensive measurement tool. This study employs a survey research design using quantitative data. Qualitative data was collected through the administration of DEMI to teachers. DEMI consists of four main constructs: Digital Technology Knowledge (PTD), Digital Technology Skills (KTD), Digital Technology Utilization Values (NTD), and Teaching and Learning Using Digital Technology (PdPTD). The results of the Exploratory Factor Analysis (EFA) using Principal Component Analysis (PCA) with Varimax rotation identified four main factors explaining 72.24% of the total variance. The Kaiser-Meyer- Olkin (KMO) value was 0.87, indicating a high measure of sampling adequacy, while the Cronbach’s Alpha reliability coefficient was 0.92, demonstrating strong internal consistency. Two items were removed during this analysis, leaving 100 items ready for the next phase. These findings support the use of DEMI as a valid and reliable instrument for assessing the level of digital education among teachers.