STRATEGI PENDEKATAN NYANYIAN DALAM PEMBINAAN KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK: TINJAUAN LITERATUR
SINGING STRATEGIES IN DEVELOPING SOCIAL SKILLS AMONG YOUNG CHILDREN: A LITERATURE REVIEW
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057043Keywords:
Kemahiran Sosial (Social Skills), Pendekatan Nyanyian (Singing Approach), Pendidik (Educators), Pengajaran (Teaching), Strategi (Strategy)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tinjauan literatur berkaitan strategi pendekatan nyanyian dalam membina kemahiran sosial kanak-kanak. Pendekatan strategi nyanyian telah dikenal pasti sebagai satu kaedah yang berkesan dalam pendidikan awal kanak -kanak dan seterusnya mempunyai kesan positif terhadap perkembangan emosi, sosial dan kognitif. Pendidikan awal kanak-kanak menetapkan asas untuk pembelajaran sepanjang hayat, tingkah laku dan kesejahteraan umum. Pengalaman kanak-kanak semasa peringkat awal membentuk diri mereka bertindak balas terhadap cabaran harian. Hasil tinjauan literatur kajian terdahulu, kajian ini mengkaji pelbagai kaedah dan strategi nyanyian yang digunakan dalam pendidikan untuk menggalakkan tingkah laku positif seperti kerjasama, disiplin diri, dan empati. Hasilnya menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian meningkatkan penguasaan kanak -kanak dalam proses pembelajaran, menggalakkan komunikasi yang lebih baik, dan membantu pengurusan emosi dan tingkah laku. Kajian ini juga menekankan pentingnya unsur -unsur pendekatan nyanyian untuk merancang hubungan yang lebih baik antara kanak -kanak dan pendidik. Secara keseluruhannya, hasil ringkasan tinjauan literatur ini memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana strategi dan kaedah nyanyian dapat digunakan dengan berkesan dalam membentuk tingkah laku kanak -kanak dan memberikan cadangan untuk menggunakan strategi tersebut dalam amalan awal Pendidikan kanak-kanak.
This study aims to review the literature review related to the singing approach strategy in building children's social skills. The singing strategy approach has been identified as an effective method in early childhood education and subsequently has a positive impact on emotional, social and cognitive development. Early childhood education sets the foundation for lifelong learning, behavior and general well-being. Children's experiences during the early stages shape themselves to respond to daily challenges. As a result of the literature review of previous studies, this study examines various singing methods and strategies used in education to promote positive behaviors such as cooperation, self-discipline, and empathy. The results show that singing activities increase children's mastery in the learning process, promote better communication, and help manage emotions and behavior. This study also emphasizes the importance of the elements of the singing approach to planning better relationships between children and educators. Overall, the summary results of this literature review provide a clear picture of how singing strategies and methods can be used effectively in shaping children's behavior and provide recommendations for using these strategies in early childhood education practices.