PENGARUH SOKONGAN PENGURUSAN ATASAN TERHADAP PRESTASI KERJA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

THE INFLUENCE OF TOP MANAGEMENT SUPPORT ON THE JOB PERFORMANCE OF MALAYSIAN ARMED FORCES MEMBERS

Authors

  • Mohamad Muntaha Saleh Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Daud Mohamed Salleh Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Amnah Saayah Ismail Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Noor Azmi Zainol Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Elmi Baharuddin Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057045

Keywords:

Angkatan Tentera Malaysia (Malaysian Armed Forces), Pengurusan Atasan (Top Management), Prestasi Kerja (Work Performance)

Abstract

Pekerja yang berprestasi tinggi sangat penting bagi setiap organisasi, terutamanya bagi Angkatan Tentera yang menjaga pertahanan sesebuah negara. Sehubungan dengan ini, kajian lalu oleh para sarjana mendapati antara faktor yang banyak mempengaruhi prestasi kerja seseorang ialah latihan, insentif, sokongan pihak atasan dan lain-lain. Namun, kajian ini telah menganalisis pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana kepentingannya dalam melaksanakan tugasan mempertahan kedaulatan negara. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan sampel kajian ialah seramai 384 orang anggota LLP ATM yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi 84,839 keseluruhan anggota ATM. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota ATM, iaitu nilai R2 berada pada tahap lemah. Dapatan ini menunjukkan bahawa sokongan pihak atasan adalah tidak penting bagi mempengaruhi tahap prestasi kerja warga ATM. Bahkan ketiadaan anugerah atau sebarang insentif yang diperolehi tidak menghalang mereka untuk terus berprestasi dalam menjaga kedaulatan negara sepanjang berada dalam perkhidmatan ATM.

High-performing employees are very important for every organization, especially for the Armed Forces that protect the defense of a country. In this regard, past studies by scholars have found that among the factors that greatly influence a person's work performance are training, incentives, support from superiors and others. However, this study has analysed the influence of top management support on the work performance of members of the Malaysian Armed Forces (MAF) because of their importance in carrying out the task of defending the country's sovereignty. The design of this study is quantitative using a set of questionnaires as the research instrument. The number of study samples is 384 LLP MAF members who were randomly selected from a total population of 84,839 total MAF members. The data obtained was then analyzed using the SmartPLS 3.2.5 software package. Bootstrapping tests showed that there was an insignificant relationship between support from superior management on the work performance of MAF members, namely the R2 value was at a weak level. This finding shows that support from superiors is not important in influencing the level of work performance of MAF members. Even the absence of awards or any incentives obtained did not prevent them from continuing to perform in protecting the country's sovereignty throughout their time in the MAF service.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-17

How to Cite

Mohamad Muntaha Saleh, Daud Mohamed Salleh, Amnah Saayah Ismail, Noor Azmi Zainol, & Elmi Baharuddin. (2025). PENGARUH SOKONGAN PENGURUSAN ATASAN TERHADAP PRESTASI KERJA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: THE INFLUENCE OF TOP MANAGEMENT SUPPORT ON THE JOB PERFORMANCE OF MALAYSIAN ARMED FORCES MEMBERS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(57). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057045