CABARAN DAN STRATEGI PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM: KAJIAN DI UniSHAMS
CHALLENGES AND STRATEGIES FOR MASTERING THE ARABIC LANGUAGE IN THE ISLAMIC STUDIES DIPLOMA PROGRAM: A STUDY AT UniSHAMS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057052Keywords:
Cabaran Pembelajaran (Learning Challenges), Diploma Pengajian Islam (Diploma in Islamic Studies), Penguasaan Bahasa Arab (Arabic Language Proficiency), Strategi Pengajaran (Teaching Strategies), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)Abstract
Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi pendidikan, penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti, khususnya pelajar bidang pengajian Islam, merupakan satu keperluan yang sangat penting. Namun begitu, ramai pelajar masih menghadapi kesukaran dalam bertutur, memahami teks serta mengaplikasikan Bahasa Arab dalam konteks akademik dan komunikasi harian. Meskipun bahasa Arab turut diajar di peringkat universiti, tahap penguasaan pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran penguasaan Bahasa Arab serta menganalisis strategi yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Diploma Pengajian Islam, UniSHAMS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kes di UniSHAMS. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dengan pelajar Diploma Pengajian Islam, dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menemui cabaran asas dalam penguasaan Bahasa Arab termasuk masalah tatabahasa dan kosa kata, kelemahan dalam kaedah pengajaran tradisional serta kekurangan latihan pertuturan. Manakala, strategi yang berkesan merangkumi penggunaan pendekatan pengajaran interaktif, integrasi teknologi digital dalam pembelajaran dan sokongan melalui subjek pengajian Islam yang melibatkan latihan membaca teks tafsir, hadis dan fiqh. Sebagai implikasi, kajian ini menekankan keperluan pihak universiti dan pensyarah menerapkan kaedah pengajaran yang lebih inovatif dan interaktif bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab, serta mengintegrasikan latihan praktikal untuk memperkukuhkan kemahiran komunikasi pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas untuk merangka dasar serta strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan penguasaan Bahasa Arab di peringkat universiti Islam seperti UniSHAMS.
In the era of globalization and advancements in educational technology, proficiency in the Arabic language among university students, particularly those in Islamic studies, is of paramount importance. However, many students continue to struggle with speaking, comprehending texts, and applying Arabic in academic and daily communication contexts. Despite being taught at the university level, students’ proficiency remains moderate. Consequently, this study was conducted to identify the challenges in mastering Arabic and analyze effective strategies to enhance Arabic proficiency among Diploma in Islamic Studies students at UniSHAMS. This study employs a qualitative approach through a case study at UniSHAMS. Data were collected via semi-structured interviews with Diploma in Islamic Studies students and analyzed using thematic analysis. The findings reveal key challenges in Arabic language acquisition, including difficulties with grammar and vocabulary, ineffective traditional teaching methods, and a lack of speaking practice. Meanwhile, effective strategies include interactive teaching approaches, the integration of digital technology in learning, and support through Islamic studies subjects that incorporate reading exercises from tafsir, hadith, and fiqh texts. As an implication, this study highlights the need for universities and lecturers to adopt more innovative and interactive teaching methods to enhance Arabic proficiency, as well as integrate practical training to strengthen students’ communication skills. The findings are expected to serve as a foundation for developing more effective teaching policies and strategies to improve Arabic language proficiency at Islamic universities such as UniSHAMS.