KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KUALITI GURU SEKOLAH MENENGAH TS25 DI SABAH
PRINCIPAL INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND TEACHER QUALITY IN TS25 SECONDARY SCHOOLS IN SABAH
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057054Keywords:
Kepimpinan Instruksional Pengetua (Principals' Instructional Leadership), Kualiti Guru (Teacher Quality), Sekolah Menengah (Secondary Schools), Sekolah TS25 (TS25 Schools)Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru sekolah menengah TS25 di Sabah. Kajian ini berbentuk bukan eksperimental dan menggunakan kaedah tinjauan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah kaedah pensampelan rawak berperingkat. Instrumen soal selidik kajian daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dan adaptasi daripada beberapa kajian lepas untuk kualiti guru. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik ke atas 418 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27.0. Kajian ini mendapati bahawa min kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap yang tinggi, (min=4.12; sisihan piawai=0.35). Manakala, kualiti guru juga pada tahap yang tinggi (min=4.06; sisihan piawai=0.45). Hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru (r=.578, sig.(2-tailed)=0.000(p<0.05) menunjukkan hubungan yang sederhana kuat, dan nilai menunjukkan terdapatnya hubungan variabel kepimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru TS25 di Sabah. Implikasi kajian ini memberikan mesej kepada semua pihak yang berada dalam sistem pendidikan supaya sentiasa bersedia untuk berubah demi melestarikan hasrat PPPM 2013-2025. Usaha peningkatan kepimpinan instruksional harus diteruskan tanpa mengabaikan peningkatan kemahiran pengurusan dan komitmen guru. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat dijadikan bacaan semua pihak untuk menambah pengetahuan kepimpinan sekolah.
This study was conducted to identify the relationship between principals' instructional leadership and the quality of teachers in secondary schools TS25 in Sabah. This study is non-experimental and uses a survey method. The sampling technique used is the stratified random sampling method. The survey instrument is from the Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) and an adaptation from several previous studies on teacher quality. Data were collected using a set of questionnaires on 418 teachers. The data were analyzed using IBM SPSS Statistics 27.0 software. This study found that the mean of principals' instructional leadership was at a high level, (mean=4.12; SP=0.35). Meanwhile, teacher quality was also at a high level (mean=4.06; SP=0.45). The relationship between principals' instructional leadership and teacher quality (r=.578, sig.(2-tailed)=0.000(p<0.05) shows a moderately strong relationship, and the value indicates that there is a relationship between the principals' instructional leadership variable and the quality of TS25 teachers in Sabah. The implications of this study provide a message to all sectors in the education system to always be ready to change in order to preserve the aspirations of the PPPM 2013-2025. Efforts to improve instructional leadership should continue without neglecting the improvement of management skills and teacher commitment. In conclusion, this study is hoped to be used as a reading for all parties to increase their knowledge of school leadership.