PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB): HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN GURU-GURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
IMPLEMENTATION OF KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB): THE RELATIONSHIP BETWEEN KNOWLEDGE AND UNDERSTANDING OF TEACHER TRAINEES IN INSTITUT OF TEACHER EDUCATION, MALAY WOMEN CAMPUS, MALACCA
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057058Keywords:
Kapasati Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), Pengetahuan (Knowledge), Guru Pelatih (Teacher Trainees), Kefahaman (Understanding), Institut Pendidikan Guru (IPG)Abstract
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau KPPB merupakan satu inovasi pedagogi hasil inisiatif Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam usaha meningkatkan kompetensi profesionalisme para pensyarah. Usaha ini adalah bertujuan bagi melahirkan pelajar yang dinamik agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran dunia pendidikan yang sebenar. Justeru, bagi memastikan pelaksanaan KPPB di peringkat IPGK dapat dilakukan dengan efektif, aspek pengetahuan dan kefahaman pelajar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan tahap pengetahuan dan kefahaman pelaksanaan KPPB dalam kalangan guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Bagi mencapai tujuan kajian ini, satu set soal selidik berbentuk skala Likert telah diedarkan kepada 261 orang guru pelatih yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah daripada pelbagai bidang pengkhususan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan (survey) dan pendekatan analisis data secara kuantitatif, yang dianalisis melalui kaedah deskriptif serta inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan mengenai pelaksanaan KPPB dalam kalangan guru pelatih di IPGM KPM berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.32 dan sisihan piawai 0.40 (Min = 4.32; SP= 0.40). Begitu juga, tahap kefahaman guru pelatih turut berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.03 dan sisihan piawai 0.42 (Min=4.03; SP=0.42. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kefahaman terhadap pelaksanaan KPPB dalam kalangan guru pelatih, dengan nilai korelasi (r=0.622, p>.05) pada aras signifikan 0.01. Dapatan ini membuktikan bahawa pengetahuan guru pelatih terhadap KPPB dapat mempengaruhi kefahaman mereka dalam melaksanakan KPPB di IPG. Justeru, guru-guru pelatih perlu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap KPPB dan proses pelaksanaanya dari masa ke semasa. Usaha murni ini adalah bagi melahirkan insan guru yang holistik dan mapan dalam mendepani arus perkembangan dan perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna or KPPB is a pedagogical innovation initiated by the Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) to enhance the professional competencies of lecturers. This effort aims to cultivate dynamic students who are capable in competing and addressing the challenges of the real-world education. Therefore, to ensure an effective implementation of KPPB at the IPGK level, the aspects of student knowledge and understanding need to be given due attention. This study aims to examine the relationship between the level of knowledge and understanding of the implementation of KPPB among trainee teachers at the Institute of Teacher Education, Malay Women Campus, Malacca. To achieve the purpose of this study, a set of Likert scale questionnaires were distributed to 261 trainee teachers who were selected using simple random sampling techniques from various fields of specialization. This study used a survey design and a quantitative data analysis approach, which was analysed through descriptive and inferential methods. The findings revealed that the level of knowledge regarding the implementation of KPPB among trainee teachers at the Institute of Teacher Education, Malay Women Campus is at a high level with a mean value of 4.32 and a standard deviation of 0.40 (Mean = 4.32; SD = 0.40). Similarly, the level of understanding of trainee teachers was also at a high level with a mean value of 4.03 and a standard deviation of 0.42 (Mean=4.03; SD=0.42. The findings also exhibited that there was a significant relationship between knowledge and understanding of the implementation of KPPB among trainee teachers, with a correlation value (r=0.622, p>.05) at a significant level of 0.01. This findings prove that trainee teachers' knowledge of KPPB can influence their understanding of implementing KPPB in IPG. Therefore, trainee teachers need to increase their knowledge and understanding of KPPB and its implementation process continuously and effortlessly. This noble effort is to produce holistic and sustainable teachers in facing the current development and changes in the national education system.