FAKTOR-FAKTOR PENOLAKAN KHIDMAT KAUNSELING BERTERASKAN ISLAM DALAM KALANGAN REMAJA DI SELANGOR: SATU KAJIAN KONSEPTUAL
FACTORS OF REJECTION OF ISLAMIC-BASED COUNSELING SERVICES AMONG ADOLESCENTS IN SELANGOR: A CONCEPTUAL STUDY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058018Keywords:
Kaunseling (Counseling), Islam (Islam), Penolakan (Rejection), Remaja (Adolescents), SelangorAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penolakan khidmat kaunseling berteraskan Islam dalam kalangan remaja di Selangor. Walaupun perkhidmatan kaunseling Islam semakin berkembang sebagai alternatif bimbingan psikologi berlandaskan nilai syariah, penerimaan remaja terhadap perkhidmatan ini masih dilihat rendah. Kajian ini dijalankan secara konseptual dengan meneliti literatur terdahulu dan teori berkaitan, bagi memahami sebab-sebab penolakan yang wujud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada penolakan perkhidmatan ini. Pertama, faktor individu seperti kurangnya kesedaran mengenai manfaat kaunseling Islam, rasa malu, takut dihakimi, dan persepsi negatif terhadap kaunseling. Kedua, faktor keluarga yang melibatkan pengaruh ibu bapa, latar belakang keagamaan yang lemah, serta kurangnya sokongan keluarga terhadap khidmat kaunseling. Ketiga, faktor sosial yang melibatkan stigma masyarakat terhadap individu yang mendapatkan kaunseling, serta pengaruh rakan sebaya yang kurang menerima konsep bantuan psikologi secara Islamik. Keempat, faktor institusi yang merangkumi kekangan akses kepada kaunselor Islam yang bertauliah, kekurangan promosi mengenai perkhidmatan kaunseling Islam, dan persepsi bahawa kaunseling Islam kurang efektif berbanding pendekatan konvensional. Keberhasilan kajian ini membekalkan pemahaman yang lebih mendalam tentang penolakan khidmat kaunseling Islam, sekali gus mencadangkan usaha memperkasa promosi, memperluas latihan kaunselor Islam, dan membentuk kerjasama erat antara sekolah, keluarga, serta institusi agama. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak yang berkepentingan untuk merangka strategi untuk meningkatkan penerimaan remaja terhadap perkhidmatan kaunseling Islam di Malaysia, khususnya di Selangor.
This study aims to identify factors that influence the rejection of Islamic-based counseling services among adolescents in Selangor. Although Islamic counseling services are increasingly growing as an alternative to psychological guidance based on sharia values, adolescents' acceptance of this service is still seen as low. This study was conducted conceptually by examining previous literature and related theories, to understand the reasons for the rejection. The study findings show that there are four main factors that contribute to the rejection of this service. First, individual factors such as lack of awareness of the benefits of Islamic counseling, shame, fear of being judged, and negative perceptions of counseling. Second, family factors involving parental influence, weak religious background, and lack of family support for counseling services. Third, social factors involving societal stigma against individuals seeking counseling, as well as the influence of peers who are less accepting of the concept of Islamic psychological help. Fourth, institutional factors that include constraints on access to certified Islamic counselors, lack of promotion of Islamic counseling services, and the perception that Islamic counseling is less effective than conventional approaches. The results of this study provide a deeper understanding of the rejection of Islamic counseling services, thus suggesting efforts to strengthen promotion, expand the training of Islamic counselors, and form close collaboration between schools, families, and religious institutions. This study provides important implications for stakeholders to devise strategies to increase adolescent acceptance of Islamic counseling services in Malaysia, particularly in Selangor.