STRES, DAYA TAHAN DAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU DI KUALA NERUS TERENGGANU

STRESS, RESILIENCE AND JOB SATISFACTION AMONG TEACHERS IN KUALA NERUS TERENGGANU

Authors

  • Aznida Jailani Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Jasmi Abu Talib Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Nurul Atiqah Ab Raji Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Zuhda Husain Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Raba'Aton Adawiah Mohd Yusof Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058078

Keywords:

Stres (Stress), Daya Tahan (Resilience), Kepuasan Kerja (Job Satisfaction)

Abstract

Kepuasan kerja merupakan satu elemen yang penting bagi individu yang  bekerja. Isu-isu berkaitan dengan kepuasan kerja banyak diperbincangankan terutamanya dalam kalangan guru. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kepuasan kerja seseorang antaranya iklim pekerjaan, gaya kepimpinan, stres, burn out dan lain-lain. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan diantara stres dan daya tahan terhadap kepuasan kerja, serta menentukan faktor peramal kepada kepuasan kerja dalam kalangan guru di Kuala Nerus Terengganu.  Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik 71 item yang dibangunkan daripada instrumen Perceived Stress Scale, Connor Davidson Resilience Scale dan Job Satisfaction Survey untuk mengukur tahap kepuasan kerja, stres dan daya tahan.  Sampel terdiri daripada 220 orang guru sekolah menengah di Daerah Kuala Nerus Terengganu yang telah dipilih secara rawak berkelompok. Hasil kajian menunjukkan stres tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja,manakala daya tahan pula mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kepuasan kerja.  Analisis regresi mendapati bahawa stres dan daya tahan merupakan faktor peramal kepada kepuasan kerja. Kajian ini membawa implikasi bahawa perlunya daya tahan dalam kalangan guru dipertingkatkan kerana telah terbukti melalui kajian ini daya tahan mempunyai  hubungan dengan kepuasan kerja. Begitu juga dengan stres walaupun tidak terdapat hubungan yang signifikan tetapi menunjukkan stres merupakan faktor peramal kepada kepuasan kerja disamping faktor daya tahan.  Bagaimanapun kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengesahkan lagi dapatan kajian ini.

Job satisfaction is crucial element for individuals who are working Issues related to job satisfaction have been widely discussed, especially among teachers. Many factors can be linked to a person's job satisfaction, including job climate, leadership style, stress, burn out and others. This study was conducted to identify the relationship between stress and resilience to job satisfaction, as well as to determine the predictor factors to job satisfaction amongs teachers in Kuala Nerus Terengganu. Data were collected using a 71 -item questionnaire developed from the Perceived Stress Scale, Connor Davidson Resilience Scale and Job Satisfaction Survey instruments to measure job satisfaction, stress and resilience levels. The sample consisted of 220 secondary school teachers in Kuala Nerus Terengganu District who were randomly selected in groups. The results showed that stress had no significant relationship with job satisfaction. While resilience has a significant positive relationship with job satisfaction. Regression analysis found that stress and resilience were predictor factors of job satisfaction, even though  stress had no significant relationship with job satisfaction. This study carries the implication that the need for resilience among teachers is enhanced because it has been proven through this study that resilience has a relationship with job satisfaction. Similarly, stress although not having a significant relationship but showed as a predictor factor of job satisfaction in addition to resilience factor. However, further studies need to be conducted to confirm the findings of this study.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Aznida Jailani, Jasmi Abu Talib, Nurul Atiqah Ab Raji, Zuhda Husain, & Raba’Aton Adawiah Mohd Yusof. (2025). STRES, DAYA TAHAN DAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU DI KUALA NERUS TERENGGANU: STRESS, RESILIENCE AND JOB SATISFACTION AMONG TEACHERS IN KUALA NERUS TERENGGANU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(58). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058078