PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK): SATU KAJIAN DESKRIPTIF
STUDENT ACCEPTANCE OF ONLINE LEARNING AT UNIVERSITY OF MALAYSIA KELANTAN (UMK): A DESCRIPTIVE STUDY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1060010Keywords:
E-pembelajaran (E-learning), Keberkesanan Kursus (Course Effectiveness), Karakteristik Pensyarah (Lecturer Characteristics), Kebolehgunaan (Perceived Usefulness), Kemudahan yang Tersedia (Available Facilities)Abstract
Pembelajaran dalam talian atau e-learning merupakan pendekatan pengajaran yang memberi akses kepada pengetahuan melalui platform digital. Penggunaannya semakin meluas di institusi pengajian tinggi di Malaysia, termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Platform seperti Learning Content Management System (LCMS) bukan sahaja membolehkan penciptaan serta perkongsian kandungan akademik, tetapi turut mengurus aspek seperti yuran, penilaian gred, dan komunikasi antara pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang beranggapan e-pembelajaran bersifat sehala kerana interaksi bersama pensyarah adalah terhad, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka mendapatkan penjelasan lanjut terhadap bahan pembelajaran yang kompleks. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penerimaan pelajar UMK terhadap e-pembelajaran dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan 361 responden daripada semua fakulti di UMK Kampus Kota. Kajian ini melihat secara deskriptif penerimaan pelajar UMK dalam e-pembelajaran dari konteks keberkesanan kursus, ciri-ciri pensyarah, kebolehgunaan dan kemudahan yang tersedia. Analisis dijalankan dengan tujuan untuk mengira frekuensi, peratusan dan min bagi setiap kategori data untuk dianalisis secara kuantitatif. Data dianalisis menggunakan data perisian statistik berkomputer iaitu SPSS. Hasil kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah tinggi dan positif, sekali gus membuktikan bahawa e-pembelajaran diterima baik sebagai medium yang relevan pada masa kini. Penemuan ini penting untuk dijadikan rujukan oleh pensyarah dalam usaha memperkukuh strategi pengajaran dengan menekankan aspek interaktif dan mesra pengguna agar pengalaman pembelajaran pelajar lebih berkesan, menarik, serta berpotensi menyokong transformasi pendidikan jangka panjang di UMK.
Online learning or e-learning is a teaching approach that provides access to knowledge through digital platforms. Its adoption has become increasingly widespread in higher education institutions in Malaysia, including Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Platforms such as the Learning Content Management System (LCMS) not only enable the creation and sharing of academic content but also manage aspects such as tuition fees, grade assessments, and student communication. Nevertheless, some students perceive e-learning as a one-way instructional method due to limited interaction with lecturers, which in turn affects their ability to seek further clarification on complex learning materials. Accordingly, this study was conducted to assess the level of student acceptance of e-learning at UMK using a quantitative approach through a survey involving 361 respondents from all faculties at the UMK City Campus. The study examines students’ acceptance of e-learning descriptively in terms of course effectiveness, lecturer characteristics, usability, and available facilities. The analysis was conducted with the purpose of calculating the frequency, percentage, and mean for each data category to be examined quantitatively. The data were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. The findings indicate that the level of student acceptance is high and positive, thereby demonstrating that e-learning is well received as a relevant medium in the current context. These results are significant as a reference for lecturers in enhancing teaching strategies by emphasizing interactive and user-friendly elements to ensure that students’ learning experiences are more effective, engaging, and capable of supporting the long-term transformation of education at UMK.