VARIASI AMALAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN SIMPULAN BAHASA MURID SEKOLAH RENDAH
DIVERSITY OF ENTERTAINING EDUCATIONAL PRACTICES IN TEACHING LANGUAGE IDIOMS TO PRIMARY SCHOOL STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1060035Keywords:
Variasi (Variation), Didik Hibur (Entertainment Education), Pengajaran (Teaching), Simpulan Bahasa (Idioms), Murid (Students), Sekolah Rendah (Primary School)Abstract
Kajian ini bertujuan menghuraikan variasi amalan didik hibur dalam pengajaran simpulan bahasa murid sekolah rendah. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang menerapkan kaedah kualitatif. Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan pemerhatian. Instrumen yang digunakan terdiri daripada alat perakam audio digital model Sony X240 dan model Philips. Responden kajian ini melibatkan seorang guru mata pelajaran bahasa Melayu dan 12 orang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa guru telah menggunakan pendekatan didik hibur secara nyanyian, lakonan dan puisi untuk menjelaskan bentuk dan maksud simpulan bahasa kepada murid sekolah rendah. Kaedah yang digunakan ini juga dilihat telah dapat menarik minat murid terhadap sesi pengajaran yang dijalankan. Dari segi implikasi, pendekatan didik hibur merupakan antara pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran tentang topik simpulan bahasa yang mengutamakan pengajaran menyeronokkan dan penglibatan murid secara aktif terhadap aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
This study aims to describe the diversity of entertaining educational practices in teaching language idioms to primary school students. This study is a case study that applies qualitative methods. Research data is obtained through library and observation methods. The instrument used consists of a Sony X240 digital audio recorder and a Philips model. The respondents of this study involved a Malay subject teacher and 12 fifth year students in a primary school in the Kuala Selangor district. The results of the study found that teachers have used the approach of teaching entertainment through singing, acting and poetry to explain the form and meaning of idioms to primary school students. The method used is also seen to have been able to attract students' interest in the teaching session. In terms of implications, the didik hibur approach is one of the appropriate approaches to deliver lessons on idiom topics that prioritize fun teaching and active student involvement in the activities carried out in the classroom.
