MODEL PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT MENURUT AL-GHAZALI DAN IBNU KHALDUN: SUATU PENDEKATAN KONSEPTUAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM

A MODEL OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS ACCORDING TO AL-GHAZALI AND IBN KHALDUN: A CONCEPTUAL APPROACH IN ISLAMIC EDUCATION

Authors

  • Musa Mohamad Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Bazli Mohd Hilmi Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Mohd Arubi Ismail Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Mohd Zamrus Mohd Ali Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Zulkarnin Zakari Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Mahiz Spawi Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1060045

Keywords:

Pelajar Pintar dan Berbakat (Gifted and Talented Students), Model Pintar Islam ( Islamic Gifted Model), Tazkiyah al-nafs (Tazkiyah al-nafs)

Abstract

Kajian ini bertujuan membina satu model konseptual pelajar pintar dan berbakat berasaskan sintesis pemikiran dua tokoh agung Islam, iaitu al-Ghazali dan Ibn Khaldun. Pelajar pintar lazimnya dirujuk dalam konteks Barat berdasarkan ukuran kecerdasan intelek (IQ), kreativiti, dan prestasi akademik. Namun, pendekatan ini cenderung mengabaikan dimensi spiritual, etika dan sosial yang menjadi teras dalam pendidikan Islam. Justeru, pendekatan Islam perlu diketengahkan semula bagi mengimbangi pembangunan pelajar secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berbentuk analisis dokumen, di mana karya utama kedua-dua tokoh seperti Ihya’ Ulum al-Din dan al-Muqaddimah telah dianalisis secara tematik. Hasil kajian mengenal pasti lima komponen utama dalam model pelajar pintar dan berbakat menurut perspektif Islam: (1) asas tauhid dan akhlak, (2) kecerdasan pelbagai dimensi, (3) pembelajaran berperingkat, (4) keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi, dan (5) kepimpinan serta sumbangan sosial. Model ini dirumuskan dalam bentuk piramid bertingkat dan lingkaran integratif bagi menggambarkan keseimbangan antara dimensi spiritual-intelektual dan sosial-kepimpinan. Kajian ini menyumbang kepada pemerkasaan kurikulum pendidikan Islam, khususnya dalam kerangka pendidikan pelajar gifted dan berbakat yang menuntut pendekatan holistik berasaskan nilai. Sintesis pemikiran al-Ghazali yang menekankan adab dan tazkiyah al-nafs, serta Ibn Khaldun yang menekankan struktur sosial, pengalaman dan pengulangan dalam pendidikan, memberikan asas kukuh untuk membentuk pelajar cemerlang dari segi dalaman dan luaran. Kajian ini diharap dapat menjadi asas kepada pembangunan dasar, latihan guru, dan penyelidikan lanjutan dalam bidang pendidikan Islam kontemporari berasaskan pemikiran tokoh klasik.

This study constructs a conceptual model of gifted and talented students grounded in the synthesis of classical Islamic thought, particularly the works of al-Ghazali and Ibn Khaldun. While Western paradigms typically define giftedness through metrics such as IQ, creativity, and academic achievement, they often neglect the spiritual, ethical, and social dimensions integral to Islamic education. To address this gap, this research proposes a holistic, value-based Islamic model for nurturing gifted learners. Employing a qualitative document analysis approach, the study thematically examines two primary texts: al-Ghazali’s Ihya’ Ulum al-Din and Ibn Khaldun’s al-Muqaddimah. Five core components emerge from the analysis: (1) the foundation of tawhid and moral ethics, (2) multidimensional intelligence encompassing spiritual, intellectual, and emotional capacities, (3) staged and developmentally appropriate learning, (4) balanced integration of worldly and spiritual knowledge, and (5) leadership oriented toward social contribution. The model is visually conceptualized as both a tiered pyramid and an integrative circle, reflecting the dynamic equilibrium between inner spiritual-intellectual growth and outward social-leadership development. By integrating al-Ghazali’s emphasis on adab and tazkiyah al-nafs with Ibn Khaldun’s insights on social cohesion, experiential learning, and pedagogical repetition, this framework offers a culturally rooted, comprehensive approach to gifted education. The study contributes to curriculum development, teacher training, and policy formulation in contemporary Islamic education, advocating for an educational paradigm that cultivates excellence in both character and competence. It further invites future research to operationalize and empirically validate this model within modern educational contexts.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-20

How to Cite

Mohamad, M., Hilmi, A. B. M., Ismail, M. A., Ali, M. Z. M., Zakari, Z., & Spawi, M. (2025). MODEL PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT MENURUT AL-GHAZALI DAN IBNU KHALDUN: SUATU PENDEKATAN KONSEPTUAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM: A MODEL OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS ACCORDING TO AL-GHAZALI AND IBN KHALDUN: A CONCEPTUAL APPROACH IN ISLAMIC EDUCATION. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(60). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1060045