PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR: ANALISIS PERANAN NOMOFOBIA SEBAGAI FAKTOR PERANTARA
SMARTPHONE USE AND ACADEMIC PERFORMANCE: THE MEDIATING ROLE OF NOMOPHOBIA
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1060060Keywords:
Penggunaan Telefon Pintar (Smartphone Usage), Nomofobia (Nomophobia), Prestasi Akademik Pelajar (Academic Performance), Analisis Regresi (Regression Analysis), Analisis Pengantara (Mediation Analysis), Pelajar Tingkatan Enam (Form Six Students)Abstract
Dalam era perkembangan pesat teknologi digital, penggunaan telefon pintar secara meluas telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan tingkah laku pembelajaran dalam konteks bilik darjah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara penggunaan telefon pintar semasa dalam kelas dengan prestasi akademik pelajar, serta menilai peranan tingkah laku nomofobia sebagai pemboleh ubah perantara dalam hubungan tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dengan pendekatan tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 382 orang pelajar tingkatan enam di Malaysia yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Kesemua item ini telah diadaptasi daripada kajian lepas dan divalidasi semula. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 melalui kaedah analisis regresi mudah dan regresi berganda bagi menilai hubungan antara pemboleh ubah bebas dan bersandar. Seterusnya, analisis pengantara dijalankan dengan menggunakan ujian Sobel dan teknik bootstrapping bagi menilai peranan nomofobia sebagai pemboleh ubah perantara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar semasa dalam kelas memberikan pengaruh positif yang signifikan terhadap nomofobia. Namun, tiada pengaruh signifikan penggunaan telefon pintar terhadap prestasi akademik pelajar. Sebaliknya, nomofobia menunjukkan pengaruh negatif yang signifikan terhadap prestasi akademik pelajar. Akhir sekali, analisis pengantara menunjukkan pengantaraan penuh, kerana hubungan langsung antara penggunaan telefon pintar dan prestasi akademik tidak didapati signifikan. Namun, selepas pemboleh ubah pengantara dimasukkan, hubungan tidak langsung antara penggunaan telefon pintar, nomofobia dan prestasi akademik menjadi signifikan. Implikasi kajian ini mencadangkan keperluan kepada intervensi pendidikan digital yang menyeluruh untuk mengurus penggunaan telefon pintar dan mengurangkan tahap nomofobia, tanpa mengabaikan manfaat teknologi dalam pembelajaran. Selain itu, hasil kajian ini turut menyumbang kepada pembentukan dasar dan peraturan berkaitan penggunaan telefon pintar di dalam kelas agar selaras dengan objektif pembelajaran serta tidak menjejaskan keseimbangan akademik dan kesejahteraan emosi pelajar.
In the era of rapid digital technological development, the widespread use of smartphones has raised various issues related to learning behaviours within the classroom context. This study was conducted to examine the relationship between in-class smartphone use and students’ academic performance, as well as to assess the role of nomophobia as a mediating variable in this relationship. A quantitative research design employing a survey approach was utilized, involving 382 sixth-form students in Malaysia, selected through simple random sampling. All survey items were adapted from previous studies and subsequently revalidated. Data were analysed using SPSS version 26, applying simple and multiple regression analyses to assess the relationships between independent and dependent variables. Furthermore, mediation analysis was conducted using the Sobel test and bootstrapping techniques to evaluate the mediating role of nomophobia. The findings indicate that in-class smartphone use has a significant positive effect on nomophobia. However, no significant effect of smartphone use on students’ academic performance was detected. Conversely, nomophobia demonstrated a significant negative effect on academic performance. Mediation analysis revealed full mediation, as the direct relationship between smartphone use and academic performance was not significant. However, after including the mediating variable, the indirect relationship among smartphone use, nomophobia, and academic performance became significant. The implications of this study highlight the need for comprehensive digital education interventions to manage smartphone use and reduce nomophobia levels, without neglecting the educational benefits of technology. Additionally, the findings contribute to the development of policies and regulations regarding smartphone use in classrooms, ensuring alignment with learning objectives while maintaining a balance between academic performance and students’ emotional well-being.
