MEDIA SOSIAL DARI PERSPEKTIF INTERPRETASI MESEJ KOMUNITI WACANA

Authors

  • Rohaidah Mashudi Multimedia University Melaka
  • Hawa Rahmat Multimedia University Melaka
  • Azean Idruwani Idrus University Putra Malaysia
  • Ahmad Mahmood Musanif University Putra Malaysia
  • J Sham Wahid

Keywords:

Media Sosial, Struktur Interaksi, Komuniti Wacana, Etnografi Komunikasi, Interpretasi

Abstract

Kepadatan masa dengan melayari Internet merintis pengguna atau pelayar untuk mengaut segala ilmu yang dimuat naik dalam skrin komputer atau tablet atau telefon bimbit. Ketagihan dalam melayari Internet melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Flickr, Youtube, Blog, Google, Instagram dan lain-lain membawa pengguna khayal daripada menapis maklumat yang dipaparkan. Media sosial menjadi wadah kepada pengguna Internet atau warga netizen untuk saling berhubung dengan membina jaringan sosial yang sangat luas. Dalam setiap media sosial dapat diperhatikan bahawa interaksi sosial yang terjalin antara pembaca dan penulis adalah merujuk kepada pengguna media sosial yang melengkapkan suatu struktur interaksi. Peranan pengguna media sosial secara tidak langsung menjadi komuniti wacana dalam media sosial yang dipilih perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau kewajaran untuk mengikut ketetapan budaya dan tradisi suatu masyarakat. Ini kerana pernyataan atau status atau komen yang dibuat oleh pengguna media sosial pilihan mereka memberi impak kepada diri sendiri dan pengguna media sosial yang lain. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami interpretasi mesej pengguna media sosial dan mengenal pasti komuniti wacana dalam media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan membuat penelitian terhadap pola komunikasi antara komuniti wacana dalam media sosial. Data kajian diambil daripada ungkapan status dan komen pengguna dalam Facebook dan Twitter yang dianalisis mengikut pendekatan etnografi komunikasi oleh Hymes (1986). Dapatan kajian mendapati bahawa sebarang mesej yang dipaparkan dalam media sosial membawa interpretasi yang bermakna kepada komuniti yang mempunyai minat yang sama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Azean Idruwani Idrus, Ahmad Mahmood Musanif, & J Sham Wahid. (2024). MEDIA SOSIAL DARI PERSPEKTIF INTERPRETASI MESEJ KOMUNITI WACANA. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 1(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/837