TEORI DAN KAEDAH ANALISA TERHADAP NILAI APRESIASI MOTIF REKA CORAK TRADISIONAL MELAYU: SATU PERBANDINGAN UMUM

Authors

  • Mohammed Iqbal Badaruddin Universiti Malaya
  • Simon Soon Universiti Malaya
  • Luqman Lee Universiti Malaya
  • Zaimie Sahibil Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad Universiti Teknologi MARA Kelantan

Keywords:

Teori Dan Kaedah Analisa Interpretasi, Deskriptif Dan Makna, Garis Panduan, Reka Corak Motif Tradisional Melayu

Abstract

Keunikan reka corak motif tradisional Melayu sentiasa mendapat pelbagai respon daripada audiens sama ada dengan cara menghargai, melestarikan, ataupun mendokumentasi. Kajian ini adalah mengenai rujukan terhadap beberapa teori dan kaedah yang digunakan dalam menilai sesebuah reka corak motif tradisional yang dihasilkan dalam alam Melayu. Teori dan kaedah yang dijadikan sebagai rujukan dilihat mampu membantu sesebuah kajian dalam menilai dan membuat interpretasi terhadap reka corak motif tersebut. Namun, wujud perbincangan tentang bagaimana sesebuah rekaan motif dinilai terutama kajian berbentuk kualitatif. Penyelidik membuat temubual berpanduan am terhadap beberapa orang pandai ukir dan ahli akademik yang terpilih sebagai proses mengumpul data primer. Manakala, proses mengumpul data sekunder adalah melalui rujukan penulisan ilmiah seperti majalah, buku, dan jurnal-jurnal yang mengkaji tentang keunikan reka corak motif tradisional Melayu. Kajian ini dapat memberi gambaran kepada penyelidik dalam merujuk beberapa teori sebagai kaedah untuk menganalisa sesebuah rekaan motif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, teori dan kaedah tersebut perlu mengikut kesesuaian kajian sama ada dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif. Analisa terhadap motif tersebut juga bergantung kepada skop kajian oleh penyelidik sama ada untuk membuat interpretasi, membuat persamaan dan perbandingan, ataupun mengkaji nilai budaya yang terdapat pada sesebuah motif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Mohammed Iqbal Badaruddin, Simon Soon, Luqman Lee, Zaimie Sahibil, & Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad. (2024). TEORI DAN KAEDAH ANALISA TERHADAP NILAI APRESIASI MOTIF REKA CORAK TRADISIONAL MELAYU: SATU PERBANDINGAN UMUM. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/849