PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DI JOHOR KE ARAH PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Authors

  • Noormalina Adenan Universiti Tun Hussein Onn
  • Yusmarwati Yusof Universiti Tun Hussein Onn

Keywords:

Penggunaan Internet, Internet Dalam Pembelajaran, Internet Di Kolej Vokasional, Pelajar Kolej Vokasional

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tahap penggunaan internet oleh pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar menggunakan internet untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran. Bagi kajian ini, seramai 267 orang respondan telah dipilih dalam kalangan pelajar Tahun 4 yang sedang melanjutkan pengajian di Kolej Vokasional di Johor. Edaran borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan “Statistical Packages for the Social Sciences 24,0 (SPSS)”. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang digunakan adalah pada tahap alpha 0.938. Proses analisis data dibuat dengan kaedah analisis statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi serta min. Hasil kajian ini telah menunjukkan tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi dengan min keseluruhan adalah 4.40. Penggunaan internet ini juga telah membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran. Selain itu, penggunaan internet ini menjadi ruang komunikasi baharu kepada para pelajar berkongsi maklumat pembelajaran dengan rakan-rakan. Faktor yang paling dominan yang mempengaruhi penggunaan internet disebabkan oleh sikap pelajar. Pelajar yang bermotivasi lebih berminat untuk menggunakan internet dalam proses pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Noormalina Adenan, & Yusmarwati Yusof. (2024). PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DI JOHOR KE ARAH PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/857