SUMBANGAN GERAKAN ISLAH TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DAN PENDIDIKAN ISLAM DI TANAH MELAYU1

Authors

  • Hafiz Zakariya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Keywords:

Gerakan Islah, Islah di Malaysia, Islam di Malaysia, Konflik Kaum Muda- Kaum Tua

Abstract

Kemunculan gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad dua puluh mencabar status quo dan institusi-institusi keagamaan dan pemerintahan yang sedia ada. Justeru itu sebahagian umat Islam mencurigai kehadiran reformis dalam masyarakat. Ini ekoran pegangan mereka yang kontroversi terutamanya dalam isu fiqh yang tidak berpegang kepada mazhab Shafi’i yang diikuti oleh majoriti umat Islam bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di Nusantara seluruhnya. Dalam arus kontroversi sebegitu, sumbangan mereka mungkin tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Justeru itu, makalah ini membincangkan sebahagian daripada peranan dan sumbangan gerakan Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Terdapat penulis yang menyatakan golongan Islah gagal dalam dalam misi mereka di Tanah Melayu, kajian ini meneliti semula sumbangan gerakan Islah di Tanah Melayu terutamanya dengan mengambil kira sumbangan jangka panjang terhadap perkembangan masyarakat di Tanah Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Hafiz Zakariya. (2024). SUMBANGAN GERAKAN ISLAH TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DAN PENDIDIKAN ISLAM DI TANAH MELAYU1. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/862