KOMODITI GETAH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB), 1900-1941
Keywords:
Getah, Harga, Kolonial, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, BritishAbstract
Artikel kajian ini adalah tentang komoditi getah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1900-1941. Getah merupakan komoditi utama dalam kegiatan ekonomi pada zaman kolonial British di NNMB. Artikel kajian ini dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah ini menekankan analisis dokumen dan manuskrip ke atas sumber primer seperti laporan tahunan dan fail-fail kerajaan British. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pertanian sudah menjadi rutin masyarakat tempatan khususnya orang Melayu di NNMB. Tanaman yang menjadi pilihan masyarakat tempatan adalah seperti ubi kayu, lada, kopi dan gambir. Salah satu daripada tanaman penting sepanjang penjajahan di Tanah Melayu yang berkembang pesat adalah tanaman getah. Tanaman ini memberi keuntungan ekonomi ke atas British dan boleh dibuktikan melalui penjadualan harga eksport dan import tanaman getah di peringkat antarabangsa. Secara kesimpulannya, artikel ini akan memperlihatkan kepentingan tanaman getah khususnya ke atas pihak yang berkepentingan (stakeholder) selain daripada pihak British dalam proses pembinaan ekonomi di Tanah Melayu. Pada akhir tahapnya, artikel ini akan menilai sejauh mana getah dapat meningkatkan ekonomi British untuk terus utuh di Tanah Melayu.