SUMBER-SUMBER BAHAN DI ARKIB NEGARA MALAYSIA MENGENAI PENTADBIRAN BRITISH DI TANAH MELAYU ANTARA TAHUN 1786- 1957

Authors

  • Zaidin Mohd Noor University Pendidikan Sultan Idris
  • Khairi Ariffin University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Pentadbiran British, Kemerdekaan, Rekod-Rekod, Diskripsi Rekod, Metadata

Abstract

Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada sumber-sumber bahan pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu yang disimpan di Arkib Negara Malaysia(ANM) merangkumi tahun-tahun 1786 hingga 1957. Bahan pada zaman pentadbiran British merupakan kumpulan rekod yang terbesar, agak lengkap dan amat popular dalam kalangan penyelidik khusus yang menjalankan kajian berkenaan dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik di Tanah Melayu pada abad 18 hingga 20. Pada zaman ini juga terdapat pelbagai peristiwa besar yang berlaku telah merubah sejarah negara samada sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Sepanjang tempoh pentadbiran British di Tanah Melayu terdapat sebanyak 958 kumpulan rekod yang mengandungi sebanyak 714,634 buah fail dan 3,652,691 helai lampiran yang terdapat dalam simpanan ANM. Bagi tujuan kertas ini kumpulan rekod dan diskripsi rekod akan membincangkan lima kumpulan rekod sahaja iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Federal Secretariat, High Commissioner Office, Malayan Union dan British Military Administration. Kumpulan ini merupakan kumpulan rekod utama yang telah mencorakkan pemerintahan negara pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu. Kesemua metadata bahan kumpulan rekod ini telah dimasukkan dalam Sistem COMPASS (Computerised Archival System and Services). Walaupun terdapat pelbagai bahan lain dalam simpanan Arkib Negara Malaysia seperti bahan-bahan semasa zaman Portugis, Belanda dan juga Jepun, namun disebabkan jumlah bahannya yang agak sedikit ditambah dengan kekangan dari segi bahasa menjadikan bahan-bahan pada zaman tersebut kurang popular dalam kalangan penyelidik terutama penyelidik dalam negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Zaidin Mohd Noor, & Khairi Ariffin. (2024). SUMBER-SUMBER BAHAN DI ARKIB NEGARA MALAYSIA MENGENAI PENTADBIRAN BRITISH DI TANAH MELAYU ANTARA TAHUN 1786- 1957. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 4(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/897