PEMIKIRAN DAN KONSEP SASTERA ISLAM MENGIKUT SYED QUTB
Keywords:
Sastera Islam, Persepsi Islam, Pengalaman Perasaan, Ekspresi Yang Indah, Ketuhanan, Seni Yang TerarahAbstract
Sayyid Qutb adalah penulis, sasterawan dan pengkritik Mesir yang kesusasteraannya adalah berdasarkan konsep pandangan terhadap kehidupan, manusia dan alam semesta. Melalui pandangannya yang komprehensif terhadap Al-Quran, membantu beliau menangani isu-isu yang berkaitan dengan kesusasteraan Islam dengan perspektif pengkritik, pemikir, penulis dan pendakwah Islam. Pandangannya tentang kesusasteraan secara umum, dan kesusasteraan Islam khususnya, adalah satu hal yang baik, yang berdiri berdasarkan dua bahagian, pengalaman puitis )التجربة الشععرية(ة , dan kemudian dinyatakan dengan cara yang indah )التجربعة التريرر(عة . apa yang dimaksudkan dengan at-Tajribah atau pengalaman adalah pengaruh yang didapati pada diri saterawan, daripada peristiwa atau keadaan yang telah menggerakkan perasaan sasterawan itu seterusnya berusaha untuk mengekspresikannya dengan eksperesi atau ungkapan yang indah yang menggerakan dan memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya Islam mempunyai konsep tertentu tentang kehidupan yang mempunyai nilai-nilainya sendiri, adalah wajar ungkapan nilai-nilai ini adalah daripada ciri-ciri yang berbeza dari konsep yang bukan Islam. Konsep Islam dan ciri-cirinya adalah berdasarkan Rabbaniyah ketuhanan dan keesaaNya, dan ini menjadikannya berbeza dari persepsi-persepsi yang lain. Sastera ini adalah seni berpandu dan terarah, berpandukan pada sifat persepsi atau pandangan Islam tentang kehidupan dan hubungan manusia, dan berpandukan idea Islam itu sendiri, yang merupakan satu harakah atau gerakan penciptaan yang membina kreativiti, untuk meninggikan nilai-nilai Islam ini.