SENTUHAN PEMIKIRAN ISLAM DALAM SYAIR-SYAIR PENYAIR TURKI MOHAMMED AKEF ARSOY

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa
  • Mirza Farzana Muhammad Fauzi Universiti Islam Antarabangsa
  • Rumeysa Bozbek Kanci Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Pemikiran Islam, Roh Islam, Kesusasteraan, Puisi, Fikir, Kreatif, Imaginatif

Abstract

Kajian ini tentang penyair negara Turki, Mohammed Akef Arsoy, yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya, hubungannya dengan orang sekeliling dan kawan-kawannya, juga kerjayanya yang gah dan hebat dalam kehidupan dunia intelektual ini, sebagai penulis, penyair, doktor haiwan, hafiz Al-Quran, pendakwah, dan penterjemah. Dari hal ini, dapat kita lihat bahawa beliau menganggap Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk yang benar dan dipercayai. Beliau meneruskan kehidupan dengan melakukan yang terbaik untuk memahami dan mengenali agama Islam, seterusnya menyampaikannya terhadap umat manusia. Seterusnya, beliau juga hebat dalam menguasai ilmu sains dan mempunyai pemahaman yang tepat terhadap ilmu mengkritik Barat, bahkan turut menceburi bidang dunia Islam. Beliau sanggup melupakan kepayahan diri sendiri demi menanggung kesulitan bangsa, dan mengorbankan hidupnya untuk menyiram kembali roh Islam dan menghidupkan semula bangsa baru. Natijahnya, kesusasteraan dan puisi yang kreatif dan imaginatif ini telah dijadikan medan untuk menyampaikan kebenaran dan membangkitkan semangat kemanusiaan. Dan dari segenap hati saya, boleh saya katakan bahawa jika Akef hidup pada zaman Rasulullah, mungkin beliau akan menjadi penyair yang hebat seperti Hassan Bin Thabit.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Adli Yaacob, Mirza Farzana Muhammad Fauzi, & Rumeysa Bozbek Kanci. (2024). SENTUHAN PEMIKIRAN ISLAM DALAM SYAIR-SYAIR PENYAIR TURKI MOHAMMED AKEF ARSOY. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/907