ANALISIS KEPEMIMPINAN GURULATIH SEBAGAI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DALAM SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA DI KELANTAN MENGIKUT TEORI MAX WEBER

Authors

  • Nur Amalina Mat Rafi Universiti Malaysia Kelantan
  • Raja Iskandar Raja Halid Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

Silat, Gurulatih, Teori Max Weber, Perubatan Tradisional

Abstract

Seorang gurulatih memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan ilmu seni silat bagi menjamin kesahihan ilmu tersebut dipelajari. Selain itu, guru juga dianggap sebagai lambang kesempurnaan dan bertanggungjawab dalam institusi mempertahankan diri. Menerusi kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis secara lebih mendalam mengenai kepemimpinan seseorang gurulatih mengikut pandangan teori Max Weber di dalam mengendalikan sebuah pertubuhan seni silat, kewujudan proses perubatan secara tradisional dalam seni silat, mengenal pasti jenis penyakit yang dialami oleh pelatih dan seterusnya melihat keberkesanan rawatan terhadap pesakit. Untuk melancarkan lagi kajian ini, pengkaji telah menjalankan kaedah pemerhatian secara ikut serta dan menemuramah responden yang terdiri daripada gurulatih Seni Silat di Kelantan bagi mendapatkan info lain. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa seorang gurulatih bukan sahaja berperanan dalam mengajar ilmu silat semata-mata malah terdapat juga tanggungjawab lain yang perlu digalas misalnya perlu mempelajari dan mempraktikkan kemahiran ilmu rawatan tradisional. Ini penting di dalam meletakkan status gurulatih silat sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan dipercayai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Nur Amalina Mat Rafi, & Raja Iskandar Raja Halid. (2024). ANALISIS KEPEMIMPINAN GURULATIH SEBAGAI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DALAM SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA DI KELANTAN MENGIKUT TEORI MAX WEBER. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/909