ANALISIS KEROSAKAN STRUKTUR KUBU PEPERANGAN DI JALAN TOK HAKIM, KOTA BHARU, KELANTAN
Keywords:
Jalan Tok Hakim, Kubu Peperangan, Kerosakan, Kelantan, MonumenAbstract
Kubu peperangan British di Kelantan merupakan sebuah monumen yang mempunyai nilai sejarah yang tidak dapat disangkal lagi. Kubu ini dibina oleh British adalah bertujuan untuk mempertahankan kawasan daripada serangan penjajah semasa Perang Dunia ke II. Namun begitu, hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kebanyakan kubu peperangan ini dibiarkan begitu sahaja sehingga struktur mengalami kerosakan, malah ada kubu yang telah dittenggalami air dan pasir kerana binaan ini kebanyakan berada di kawasan pesisiran pantai. Salah satu kubu peperangan yang telah mengalami kerosakan struktur adalah di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu yang berkoordinat 6°07´46.9°N 102°14´04.2°E. Kaedah penyelidikan yang bersistematik digunakan dalam kajian ini seperti pemerhatian, pengukuran, catatan dan lukisan bagi mengenalpasti kerosakan yang telah berlaku terhadap struktur kubu peperangan ini.