CIRI DAN FUNGSI LAGU DALAM MEMBENTUK STRUKTUR PLOT FILEM MUZIKAL MAGIKA (2010)

Authors

  • Faezahnor Saddi Universiti Malaysia Sabah
  • Zairul Anwar Dawam Universiti Malaysia Sabah
  • Fazmi Hisham Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Conceptual Integration Networks, Syd Filed, Snyder, 15 Beats, Ciri Lagu, Fungsi Lagu, Struktur Naratif, Filem Muzikal, Malaysia, Filem Magika

Abstract

Genre filem muzikal merupakan satu-satunya filem yang berpandukan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak dalam memahami perjalanan plot naratif. Setiap lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai fungsinya tersendiri untuk menggerakkan perjalanan plot naratif agar audiens mudah memahami mesej yang ingin disampaikan. Lagu-lagu yang dihasilkan memerlukan daya kreativiti yang tinggi oleh seorang pengarah dan komposer untuk meneliti dan memperincikan setiap komposisi lagu pada que plot yang bersesuaian. Oleh itu, untuk meneliti dan memahami bagaimanakah ciri-ciri dan fungsi lagu dalam membentuk struktur plot dihasilkan, pengkaji telah memilih 2 buah lagu dari filem muzikal Magika (2010) sebagai analisis kajian kes. Filem ini dipilih berdasarkan pencapaian filem tersebut yang telah merangkul anugerah sebagai filem terbaik, dan skor muzik asal terbaik di Festival filem Malaysia yang ke -23. Metod kajian dijalankan melalui temubual secara berperingkat dengan menemubual beberapa pengarah filem dan komposer, catatan, dan pemerhatian karya filem Magika (2010). Seterusnya kajian dianalisis dengan menggunakan teori Conceptual Integration Networks dalam mengkaji makna lirik kemudian mengfokuskan elemen beat dalam struktur plot yang diperkenalkan oleh Syd Field (2005) dan Blake Snyder (2005) kepada kedua lagu yang terpilih. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa lagu yang diciptakan khas dalam filem muzikal Magika (2010) merupakan jambatan komunikasi antara watak-watak yang menyanyikan lagu-lagu tersebut yang terbina melalui elemen lagu dan struktur plot.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Faezahnor Saddi, Zairul Anwar Dawam, & Fazmi Hisham. (2024). CIRI DAN FUNGSI LAGU DALAM MEMBENTUK STRUKTUR PLOT FILEM MUZIKAL MAGIKA (2010). INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 5(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/915