KONSEP SASTERA ISLAM MENGIKUT NASR EL-DIN IBRAHIM AHMED HUSSEIN

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Konsep Sastera, Sastera Islam, Islamisasi Ilmu Pengetahuan, Pengetahuan Moden, Pertentangan Wahyu Dan Akal, Hubungan Sastera Dan Tauhid

Abstract

Kajian ini mengestrak konsep sastera Islam yang digagaskan oleh Nasr El-din Ibrahim Ahmed Hussein.2 Kekuatan konsep yang dibawa oleh Nasr El-din ini ialah penumpuan terhadap “Islamisasi ilmu pengetahuan”, terutamanya dalam bidang kesusasteraan arab, selari dengan kerjaya beliau sebagai seorang ahli akademik yang sangat memprioritikan nilai-nilai Islam dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau amat menekankan keterikatan antara kesusasteraan Islam dan tauhid sebagai teras perbahasan konsep ini. Beliau percaya, bahawa hasil karya sastera yang baik dan telus itu bermula dari jiwa (unsur dalaman) yang bersih, jiwa akan menjadi bersih apabila terhias padanya aqidah (kepercayaan) yang benar dan sejahtera. Sastera merupakan salah satu penghubung untuk menggambarkan perasaan secara natura yang dialami manusia. Berpandukan agama akan menjadikan seorang sasterawan itu berkarya dalam ruang lingkup kebaikan bagi mencapai tujuan asal iaitu Tuhan. Begitulah kedua-dua unsur aqidah dan sastera ini saling berkait. Kajian ini secara umumnya meneliti dan memperhalusi kritikan dan pandangan beliau untuk dijadikan panduan mengkoreksi dan menambah nilai cabang kesusasteraan Islam masa kini supaya difahami selari dengan kemurnian matlamatnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Adli Yaacob. (2024). KONSEP SASTERA ISLAM MENGIKUT NASR EL-DIN IBRAHIM AHMED HUSSEIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 5(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/918