PEMBENTUKAN STRUKTUR PLOT FILEM MUZIKAL MAGIKA 2010 MELALUI CIRI DAN FUNGSI LAGU DALAM ELEMEN NARATIF TODOROV

Authors

  • Faezahnor Saddi Universiti Malaysia Sabah
  • Zairul Anwar Dawam Universiti Malaysia Sabah
  • Fazmi Hisham Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Naratif Todorov, Fungsi lagu, Elemen Lagu, Conceptual Integration Networks, Filem Muzikal, Malaysia, Filem Magika

Abstract

Genre filem muzikal merupakan bentuk filem hiburan yang dipandu dalam bentuk nyanyian dan diiringi oleh muzik diagetik dan non diagetik yang membentuk struktur plot sesebuah cerita. Setiap lagu yang dinyanyikan berfungsi dalam menggerakkan plot cerita agar ia mudah difahami dan diterima oleh audiens yang menonton. Namun, kesukaran dalam mendalami dan memahami terhadap susunan muzikal pada que plot naratif akan menyebabkan naratif plot tidak menarik dan membosankan. Oleh yang demikian, untuk memahami pembentukan struktur plot melalui ciri dan fungsi lagu, pengkaji telah mengaplikasikan elemen naratif Todorov kepada 2 buah lagu dari filem muzikal Magika (2010) sebagai analisis kajian kes. Pemilihan filem Magika adalah berdasarkan pencapaian filem yang telah merangkul anugerah sebagai filem terbaik dan skor muzik asal terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-23. Metod kajian dijalankan melalui temubual secara berperingkat dengan menemubual beberapa pengarah filem dan composer, catatan dan pemerhatian karya filem Magika (2010). Kemudian kajian analisis juga dilakukan dengan menggunakan teori Conceptual Integration Networks dalam mengkaji makna lirik. Hasil kepada pembaharuan kajian, pengkaji mendapati pembentukan naratif plot filem muzikal Magika adalah disebabkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kesemua watak-watak yang terbina daripada elemen lagu dan struktur plot melalui teori naratif Todorov. Hasil daripada kajian ini juga, turut memberikan implikasi kepada penggiat filem, golongan pendidik, dan pelajar dalam memahami kepentingan fungsi lagu dalam genre filem muzikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Faezahnor Saddi, Zairul Anwar Dawam, & Fazmi Hisham. (2024). PEMBENTUKAN STRUKTUR PLOT FILEM MUZIKAL MAGIKA 2010 MELALUI CIRI DAN FUNGSI LAGU DALAM ELEMEN NARATIF TODOROV. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/923