ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR LATIHAN, PENGALAMAN DAN MOTIVASI KE ARAH KELESTARIAN PERNIAGAAN HALAL DI KALANGAN USAHAWAN ASNAF

EXPLORATORY ANALYSIS OF TRAINING, EXPERIENCE, AND MOTIVATION FACTORS TOWARD HALAL BUSINESS SUSTAINABILITY AMONG ASNAF ENTREPRENEURS

Authors

  • Suraini Saufi Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Malaysia.
  • Siti Haslini Zakaria Kolej Pengkomputeran, Informatik, dan Matematik, UITM Machang, Malaysia
  • Tengku Nur Athirah Tuan Mohd Rosli Jabatan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJHEMP.23002

Keywords:

Kelestarian (Sustainability), Perniagaan (Business), Usahawan (Entrepreneurs), Latihan (Training), Pengalaman (Experience), Motivasi (Motivation)

Abstract

Kelestarian perniagaan halal di kalangan usahawan asnaf merupakan satu cabaran yang memerlukan pendekatan holistik, khususnya dalam aspek latihan, pengalaman, dan motivasi. Usahawan asnaf adalah golongan yang mempunyai potensi besar untuk memperkukuh ekonomi ummah, namun mereka sering kali berhadapan dengan pelbagai halangan dalam memastikan perniagaan yang diceburi mampu bertahan dan berkembang. Majoriti usahawan asnaf yang mengusahakan perniagaan halal ini gagal keluar dari kepompong kemiskinan dan kekal menjadi asnaf. Kajian ini bertujuan untuk meneroka instrumen latihan, pengalaman, dan motivasi dalam menyokong kelestarian perniagaan halal di kalangan usahawan asnaf.  Seramai 38 usahawan asnaf yang terlibat dalam perniagaan halal telah dipilih secara purposif sebagai responden kajian untuk mendapatkan data. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk Analisis Penerokaan Faktor (Exploratory Factor Analysis atau singkatan EFA) dan Cronbach’s Alpha.. Hasil kajian menyenaraikan item-item kajian yang sah dan kuat untuk digunakan bagi kajian lanjutan terutamanya kepada pencinta akademik, pihak industri dan kerajaan bagi meningkatkan lagi sosio ekonomi golongan  asnaf.

 

The sustainability of halal businesses among asnaf entrepreneurs is a challenge that requires a holistic approach, particularly in terms of training, experience, and motivation. Asnaf entrepreneurs possess significant potential to strengthen the ummah’s economy, but they often face various obstacles in ensuring their businesses can survive and grow. The majority of asnaf entrepreneurs engaged in halal business ventures struggle to break free from the cycle of poverty, remaining asnaf. This study aims to explore the instruments of training, experience, and motivation in supporting the sustainability of halal businesses among asnaf entrepreneurs. A total of 38 asnaf entrepreneurs involved in halal businesses were purposively selected as study respondents to collect data. The data were analyzed using SPSS software for Exploratory Factor Analysis (EFA) and Cronbach’s Alpha. The findings list valid and robust items for use in future studies, particularly for academics, industry players, and the government, to further improve the socio-economic status of the asnaf community.

Downloads

Published

2024-12-06

How to Cite

Suraini Saufi, Siti Haslini Zakaria, & Tengku Nur Athirah Tuan Mohd Rosli. (2024). ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR LATIHAN, PENGALAMAN DAN MOTIVASI KE ARAH KELESTARIAN PERNIAGAAN HALAL DI KALANGAN USAHAWAN ASNAF: EXPLORATORY ANALYSIS OF TRAINING, EXPERIENCE, AND MOTIVATION FACTORS TOWARD HALAL BUSINESS SUSTAINABILITY AMONG ASNAF ENTREPRENEURS . INTERNATIONAL JOURNAL OF HALAL ECOSYSTEM AND MANAGEMENT PRACTICES (IJHEMP), 2(3). https://doi.org/10.35631/IJHEMP.23002