KUPASAN AWAL MENGENAI KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN KERJA UNTUK PEKERJA PEJABAT DAN KAITANNYA DENGAN SIKAP, BUDAYA DAN IKLIM KESELAMATAN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS
Abstract
Kajian-kajian yang lepas mendapati bahawa 46.0 peratus pekerja pejabat bekerja dalam keadaan yang teruk atau tidak selamat di tempat kerja. Semasa sesi temubual di peringkat awal dengan beberapa syarikat daripada sektor industri dan gas, pengurus di situ mengakui bahawa tahap kesedaran keselamatan di kalangan pekerja pejabat adalah rendah disebabkan kebanyakan indakan ditekankan kepada bahagian tapak dan jarang ditekankan kepada pekerja pejabat sungguhpun terdapat juga kemalangan kecilyang berlaku di ruang pejabat. Satu kajian terdahulu juga menyebut bahawa tahap kesedaran keselamatan di sektor industri minyak dan gas adalah rendah, oleh itu, kajian ini mempunyai dua objektif iaitu yang pertama untuk mengkaji faktor yang berkaitan dengan tahap kesedaran keselamatan di sektor industri dan gas dan yang kedua membangunkan kerangka konseptual berkaitan kajian ini. Tiga faktor telah dikenalpasti sebagai relevan dengan kesedaran keselamatan iaitu budaya keselamatan, sikap keselamatan dan iklim keselamatan daripada pencarian literitur. Untuk kajian masa hadapan, kajian ini mencadangkan untuk melaksanakan kajian dengan saiz sampel yang lebih besar atau kualitatif data untuk kajian mendalam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noor Malinjasari Ali, Suzila Mat Salleh, Rahayu Izwani Borhanuddin, Siti Fatimah Mardiah Hamzah, Hasmida Mohd Noor, Ruzaidah Sulong @ A. Rashid, & Hasmi Mokhlas. (2024). KUPASAN AWAL MENGENAI KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN KERJA UNTUK PEKERJA PEJABAT DAN KAITANNYA DENGAN SIKAP, BUDAYA DAN IKLIM KESELAMATAN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 5(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4009
Issue
Section
Articles