KEFAHAMAN GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH PEKAN TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)

Authors

  • Huang Ji Xiang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia.
  • Zanaton Hj Iksan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru terhadap Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). PAK21 telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sejak tahun 2016. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Data dikumpul melalui soal selidik. Responden kajian berjumlah 307 orang guru sekolah rendah yang mengajar di daerah Pekan, Pahang. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 23. Statistik deskriptif yang digunakan adalah min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi yang digunakan adalah ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala. Data yang dikumpul dianalisis mengikut 6 konstruk iaitu pengetahuan umum terhadap PAK21, komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai murni dan etika. Dapatan inferensi pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman guru terhadap PAK21 berdasarkan jantina tetapi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman guru terhadap PAK21 berdasarkan pengalaman mengajar. Hasil kajian dapat membantu guru dan pihak sekolah dalam membuat penyesuaian ke atas pengajaran terhadap PAK21 agar ia dapat membawa manfaat kepada murid di sekolah. Kajian juga bersasar untuk membantu KPM dalam mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang ada pada PAK21 supaya penambahbaikan dapat diadakan untuk memastikan PAK21 menjadi amalan pengajaran utama guru-guru di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Huang Ji Xiang, & Zanaton Hj Iksan. (2024). KEFAHAMAN GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH PEKAN TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21). INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1700