AMALAN KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN MURID

Authors

  • Gobindaran Aru Chunan Sekolah Kebangsaan Air Baruk Jasin
  • Mohammad Yusof bin Mohd Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Kepimpinan pendidikan sering dikaitkan dengan peranan sekolah. Peningkatan kepimpinan murid melibatkan peluang murid untuk mengamalkan pelbagai kemahiran kepimpinan dalam persekitaran pembelajaran. Konteks kepimpinan dalam pendidikan di sekolah dalam kalangan guru dan murid merupakan fokus utama kajian ini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap elemen amalan kepimpinan pengajaran guru yang diterapkan di sekolah, mengenalpasti tahap kepimpinan pelajar dan menentukan hubungan antara elemen kepimpinan pengajaran guru dengan tahap kepimpinan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Kajian ini merupakan kajian korelasi di mana dua pembolehubah digunakan untuk menyiasat perhubungannya. Analisis kajian mendapati bahawa tahap elemen amalan kepimpinan pengajaran guru yang diterapkan di sekolah dari perspektif guru wujud dalam empat elemen utama iaitu komitmen, kerjaya profesional, pengupayaan(Fizikal) dan kecekapan pengurusan pedagogi. Ujian-T untuk empat hipotesis nol menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara elemen kepimpinan guru terhadap elemen kepimpinan murid di sekolah. Hal ini kerana hipotesis nol ditolak atas dasar nilai p<0.001. Kajian ini membawa implikasi kepada amalan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah. Analisis dan perbincangan telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri umum guru yang menyumbang kepada kejayaan mereka dalam berkomunikasi dengan murid agar kepimpinan dapat diterapkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Gobindaran Aru Chunan, & Mohammad Yusof bin Mohd Nor. (2024). AMALAN KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN MURID. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1702