PENGGUNAAN APP CERITA RAKYAT NUSANTARA DALAM MEMBINA KEMAHIRAN INTERAKSI LISAN

Authors

  • Jumilah Ahmad Sekolah Rendah Zhenghua dan Pusat Bahasa Melayu Singapura, Singapura.
  • Sabrina Samsuri Sekolah Rendah Zhenghua dan Pusat Bahasa Melayu Singapura, Singapura.

Abstract

Kertas kajian ini menerangkan usaha menggunakan aplikasi Cerita Rakyat Nusantara bagi membantu membina kemahiran interaksi lisan dalam kalangan murid Darjah 2 (Tahun 2) . Untuk menarik minat pribumi digital berinteraksi secara lisan, ianya merupakan satu cabaran kepada guru-guru di Singapura. Tugas ini menjadi lebih mencabar kerana perlu ada bahan yang relevan dan sesuai bagi menggalakkan pribumi digital ini bertutur secara tersusun. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana penggunaan aplikasi atau app Cerita Rakyat Nusantara (CRN) dapat membantu membina kemahiran interaksi lisan dalam kalangan murid Tahun 2.. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah eklektik yang menggabungkan pendekatan naratif, kualitatif dan kuantitatif. Subjek kajian terdiri daripada 23 murid Darjah 2. Kajian dimulakan dengan membuat tinjauan kaji selidik murid diikuti dengan penilaian interaksi lisan sebelum murid-murid diperkenalkan kepada app Cerita Rakyat Nusantara. Pada peringkat akhir kajian, murid-murid mengisi borang renungan. Enam orang murid turut diwawancara melalui rakaman video. Sesuai dengan proses menyediakan murid dengan kemahiran era digital, pengkaji menerapkan penggunaan alat-alat berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi menggalakkan pengunaan bahasa dan maklumat secara tepat dan kreatif. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan murid terhadap app yang diketengahkan. Berdasarkan enam rakaman video hasil daripada wawancara dengan murid, mereka didapati lebih yakin untuk berinterkasi selepas menggunakan app CRN bagi mengumpulkan idea. Hal ini secara tidak langsung melatih membina kemahiran mendengar murid dan proses integrasi antara kemahiran mendengar dengan membaca secara tidak langsung membantu kemahiran bertutur murid seperti yang dapat kita lihat daripada pascakajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian merumuskan bahawa murid suka akan app CRN atau e-buku ini. Kesimpulannya, penggunaan app Cerita Rakyat Nusantara membantu membina kemahiran interaksi lisan dalam kalangan murid sekolah rendah berdasarkan kajian kritis ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Jumilah Ahmad, & Sabrina Samsuri. (2024). PENGGUNAAN APP CERITA RAKYAT NUSANTARA DALAM MEMBINA KEMAHIRAN INTERAKSI LISAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1704