KETAHANAN DIRI DALAM MEMPENGARUHI ASPEK KECICIRAN PELAJAR INDIA DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH: SATU KAJIAN KES

Authors

  • TH.Subra Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Pusat Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan P
  • Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah Prof Madya Pusat Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utar
  • Kala Devi Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Pusat Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan P

Abstract

Pelajar-pelajar India masih ketinggalan dalam pendidikan berbanding dengan kaum-kaum lain. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar-pelajar India sekolah menengah. Antaranya ialah masalah kekurangan ketahanan diri menyebabkan pelajar tidak dapat mengharungi cabaran hidup dan berhenti sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh ketahanan diri dalam kalangan pelajar-pelajar India tercicir di daerah Kuala Muda. Objektif kajian mengenal pasti pola dan ciri-ciri ketahanan, sejauh mana aspek ketahanan diri pelajar membawa kesan kepada keciciran pelajar India dan strategi-strategi untuk memperkasa ketahanan diri pelajar. Penyelidik menggunakan dimensi-dimensi ketahanan diri dalam Model Ketahanan Masten & Reed. Skop kajian bertumpu kepada pelajar-pelajar India di Daerah Kuala Muda dan sampel kajian terbatas kepada lima orang responden sahaja kerana kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual. Responden akan ditemubual lebih dari satu kali jika perlu bagi menyelami sifat ketahanan diri responden dengan jelas. Penyelidikan ini menggunakan kaedah temu bual dengan pelajar dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar India kurang mempunyai ketahanan diri untuk mengharungi pelbagai cabaran hidup ketika alam persekolahan dan menyebabkan mereka berhenti sekolah. Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa kematangan fikiran dan mereka masih menaruh harapan serta kepercayaan pada diri untuk memperbaiki kehidupan walaupun hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk meningkatkan ketahanan diri pelajar-pelajar India.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

TH.Subra, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, & Kala Devi. (2024). KETAHANAN DIRI DALAM MEMPENGARUHI ASPEK KECICIRAN PELAJAR INDIA DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1706