KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
Abstract
Kajian ini dilaksana bagi mengukur tahap keberkesanan pengurusan kualiti perkhidmatan pengurusan latihan industri oleh Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia (CUIC UUM). Kajian pada asasnya memanfaatkan model kajian kualiti perkhidmatan SERVQUALR sebagai rangkakerja teori dan penghasilan borang soal selidik. Borang soal selidik berkenaan mengandungi maklumat demografik dan 49 item pengukuran. Kerja lapangan telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2014 hingga Januari 2015, iaitu mengikut sesi pelaksanaan latihan industri pelajar UUM atau responden. Unit analisis yang digunakan ialah individu, iaitu pelanggan CUIC UUM. Sebanyak 827 borang soal selidik lengkap telah dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara dimensi kualiti perkhidmatan yang dihasilkan oleh CUIC UUM dengan tahap kepuasan pelanggan. Kelima-lima dimensi kualiti perkhidmatan, iaitu keketaraan, jaminan, keehsanan, kepekaan dan kebolehpercayaan serta peranan komunikasi pemasaran atau promosi menunjukkan kekuatan perhubungan yang berbeza-beza dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan organisasi dominasi perkhidmatan seperti CUIC UUM.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Zahari Mohamed, Samihah Saad Haji Ismail, & Nizamuddin Zainuddin. (2024). KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1708
Issue
Section
Articles