EKPLORASI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA PEMIMPIN SEKOLAH

Authors

  • Mat Rahimi Yusof Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kemajuan pendidikan di Malaysia sentiasa menjadi agenda utama kerajaan agar pendidikan negara setaraf dengan negara-negara maju di dunia. Bagi merealisasikan aspirasi ini, pemimpin sekolah hendaklah berpemikiran futuristik dengan berfikir di luar kebiasaan serta berani melakukan perubahan selari dengan perkembangan pesat teknologi peranti mudah alih,internet dan sambungan tanpa wayar serta medium baharu komunikasi maya. Justeru kajian kulatitatif ini bertujuan untuk meneroka model dan tingkah laku kepimpinan instruksional maya pemimpin sekolah. Hasil analisis dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati pengetua mempraktikkan tingkah laku kepimpinan instruksional maya dengan mengintergasikan teknologi peranti mudah alih dan medium baharu komunikasi maya dalam praktik kepimpinan instruksional. Selain itu, dapatan temu bual juga berjaya mengesahkan model kepimpinan instruksional maya yang telah dibangunkan oleh penyelidik sebelum ini. Walau bagaimanapun, dicadangkan agar menjalankan kajian lanjutan yang lebih mendalam bagi memantapkan model ini. Akhir sekali, diharapkan model kepimpinan instruksional maya ini akan menjadi panduan kepada pihak berwajib dalam merangka kurikulum bagi kursus kepengetuaan di samping menjadi panduan kepada pengetua dalam memperaktikkan kepimpinan instruksional maya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mat Rahimi Yusof. (2024). EKPLORASI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA PEMIMPIN SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1711