GAMIFIKASI DALAM KALANGAN GURU PELATIH UPSI SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH
Abstract
Gamifikasi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen permainan di dalam mahupun di luar bilik darjah. Kertas kerja ini membincangkan satu kajian yang memberi tumpuan kepada tiga objektif utama iaitu: 1) mengenal pasti pengetahuan guru pelatih mengenai gamifikasi semasa menjalani latihan mengajar. 2) mengenal pasti persediaan yang dilakukan oleh guru pelatih dan akhir sekali, mengenal pasti kesan aktiviti gamifikasi ini semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini menggunakan seramai 84 responden sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pelajar tahun akhir, Program Bahasa Arab dengan Pendidikan (AT49) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kajian ini menggunakan persempelan bertujuan (purposive sampling) sebagai pemilihan responden. Selain itu, pengkaji menggunakan SPSS versi 23 bagi menganalisis borang soal selidik manakala temubual pula, pengkaji menggunakan kaedah analisis tematik bagi menganalisis maklumat dan data yang diperoleh. Kajian mendapati bahawa pengetahuan guru pelatih mengenai gamifikasi terdiri daripada pengetahuan tinggi, pengetahuan kreatif, pengetahuan kritis, pengetahuan teknologi dan pengetahuan bekerjasama (cooperative). Walau bagaimanapun, guru pelatih juga mendapati bahawa kaedah gamifikasi memberi kesan positif kerana membantu guru pelatih dalam melaksanakan penilaian terhadap pelajar dan memudahkan guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru pelatih juga berpendapat bahawa cadangan menggunakan kaedah gamifikasi ketika latihan mengajar adalah wajar kerana ianya menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran, di samping selari dengan aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).Downloads
			Download data is not yet available.
		
	Downloads
Published
																			24-09-2024
																	
				How to Cite
Nurfatin Hayati Azmi, & Zarima Mohd Zakaria. (2024). GAMIFIKASI DALAM KALANGAN GURU PELATIH UPSI SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1712
Issue
Section
								Articles
							
						
						
							