PELAKSANAAN PROJEK PENYIASATAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Authors

  • Azizah Zain Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mazlina Che Mustafa Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Jamilah Mohd Basir Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar prasiswazah semasa menjalani latihan mengajar Projek Penyiasatan merupakan salah satu pendekatan yang diadaptasikan daripada pendekatan projek yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Dalam kajian ini data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan protokol temubual. Soal selidik yang digunakan bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai pengetahuan pelajar dalam melaksanakan Projek Penyiasatan manakala temu bual dijalankan untuk mengetahui pelaksanaan Projek Penyiasatan bagi pelajar yang menjalani latihan mengajar dengan menggunakan Garis Panduan Guru. Sampel kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen soal selidik dijawab oleh 107 orang pelajar dan protokol temu bual dijalankan kepada 5 orang pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar prasiswazah Pendidikan Awal Kanak-kanak terhadap Projek Penyiasatan berada pada tahap sederhana mahir dengan nilai min keseluruhan 2.69. Dapatan daripada protokol temu bual mendapati garis panduan guru yang diberi kepada mereka membantu dalam melaksanakan Projek Penyiasatan dengan lebih berkesan. Kesimpulannya pelajar prasiswazah memerlukan satu panduan yang boleh digunapakai dalam membantu mereka melaksanakan pendekatan ini kerana mereka kurang didedahkan dengan pendekatan ini semasa belajar. Implikasi kajian ini telah memberi pendedahan yang sangat berguna kepada bakalbakal guru TADIKA di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Azizah Zain, Mazlina Che Mustafa, & Jamilah Mohd Basir. (2024). PELAKSANAAN PROJEK PENYIASATAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1714