KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK KEKANGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI FIZIKAL DI PRASEKOLAH

Authors

  • Jamilah Mohd Basir National Development Research Centre, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
  • Azizah Zain Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
  • Zaharah Osman Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia

Abstract

Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara Asia. Polemik ini secara tidak langsung disebabkan oleh kanak-kanak yang kurang aktif dalam melaksanakan aktiviti fizikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kekangan melaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah. Faktor-faktor yang menjadi kekangan dalam melaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah adalah disebabkan oleh faktor guru, faktor persekitaran prasekolah dan faktor peralatan aktiviti fizikal. Seramai 75 orang guru prasekolah terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Justeru, bagi memastikan soal selidik ini boleh dipercayai dan tidak mempunyai kesalahan, terdapat dua fasa kesahan telah dilaksanakan. Fasa pertama iaitu fasa kesahan telah dilaksanakan dengan memberikan soal selidik kepada dua orang pakar iaitu pakar bahasa dan pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak. Setelah medapatkan ulasan dan kesahan pakar, kesemua ulasan yang diberikan telah ditambah baik bagi meneruskan fasa kedua kajian. Seterusnya fasa kedua iaitu fasa kebebolehpercayaan instrumen dilaksanakan. Aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.0 digunakan untuk mendapatkan nilai Cronbach’s Alpha. Dapatan menunjukkan kesemua item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan Nilai Cronbach’s Alpha soal selidik yang diperoleh adalah α = 0.854.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Jamilah Mohd Basir, Azizah Zain, & Zaharah Osman. (2024). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK KEKANGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI FIZIKAL DI PRASEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1715