CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 SEKOLAH RENDAH
Abstract
Pada abad ke-21 ini, proses pengajaran dan pembelajaran banyak menggunakan teknologi maklumat dan juga komunikasi. Makalah ini bertujuan mengenal pasti halangan-halangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta cadangan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam abad ke-21 di sekolah rendah bersandarkan Teori Kurikulum Trend Terkini. Memandangkan kurikulum Malaysia sentiasa berubah berdasarkan perubahan persekitaran dan perkembangan teknologi, maka teori ini amat sesuai untuk digunakan kerana teori ini sentiasa terbuka untuk kemungkinan-kemungkinan baru. Penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran oleh para pendidik perlu dilakukan supaya segala kekurangan dan juga kekangan dapat diatasi dengan segera bagi mencapai matlamat yang digariskan oleh KPM. Menurut Wan Abdul Rahim, Nor Laila dan Shafie (2006), guru yang ideal dan bagus adalah mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, mahir dalam pelbagai bidang serta cekap melaksanakan tugas mereka sebagai seorang guru. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi berkesan jika seseorang guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai subjek yang diajar dan juga mempunyai kefahaman mengenai aspek pembelajaran pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mazarul Hasan Bin Mohamad Hanapi, Norazimah Binti Zakaria, & Kama Bin Shaffeei. (2024). CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 SEKOLAH RENDAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1716
Issue
Section
Articles