STRATEGI PAK21 SUBJEK BAHASA ARAB DI KALANGAN GURU PELATIH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Pendidikan Abad Ke-21(PAK-21) dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK-21. Namun PAK- 21 ini dianggap sesuatu yang baharu dan leceh untuk diaplikasikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Bahaa Arab semasa Latihan Mengajar di sekolah. Seterusnya, kajian ini juga dilaksanakan untuk menganalisis kaedah PAK-21 serta kesan- kesan pengaplikasaannya terhadap minat pelajar sekolah menengah dalam mempelajari Bahasa Arab di sekolah menengah. Responden kajian ini adalah seramai dua orang guru pelatih telah dipilih daripada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2018/2019. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data dikutip melalui temubual. Hasil kajian mendapati, guru pelatih UPSI menggunakan PAK-21 secara eloktronik dan barang maujud semasa latihan mengajar. Selain itu, pencapaian dan minat pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran Bahasa Arab juga meningkat setelah guru pelatih mengaplikasikan PAK-21.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Zarima Zakaria, & Tuan Husna Aisya Tuan Hussin. (2024). STRATEGI PAK21 SUBJEK BAHASA ARAB DI KALANGAN GURU PELATIH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1717
Issue
Section
Articles