TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR -PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERHADAP KONSEP 1MALAYSIA
Abstract
Proses memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah dari kalangan pelajar di universiti yang merupakan calon bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kefahaman pelajar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap konsep 1Malaysia Kajian ini berbentuk kuantitatif dan persoalan kajian yang adalah sejauhmanakah tahap kefahaman konsep 1Malaysia dalam kalangan pelajar IPT. Satu kajian lapangan dilaksanakan dan pengumpulan data adalah daripada kaedah edaran borang soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di IPT. Sebanyak 1000 naskah borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 478 naskah telah dikembalikan dan dianalisis melalui program SPSS siri ke 22. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti pelajar di peringkat IPT mempunyai tahap kefahaman peringkat serdahana terhadap konsep perpaduan yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga kurang bersedia untuk berasimilasi bersama pelbagai kaum secara menyeluruh seperti yang diperlukan untuk merialisasikan konsep 1Malaysia. Ekoran daripada itu, penekanan yang lebih giat perlu dilaksanakan seperti memupuk semangat perpaduan yang perlu bermula dari institusi keluarga dan di peringkat prasekolah lagi. Di samping itu, penekanan juga harus dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi di IPT. Adalah dicadangkan juga agar penambahbaikan sistem pembelajaran di universiti agar setiap program yang dijalankan dapat memupuk semangat perpaduan dan memberi pendedahan kepada keterbukaan dan penerimaan pelbagai kaum demi memupuk perpaduan nasional yang lebih utuh. Kajian ini telah ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui skim Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Muhammad Fuad Othman, Zaheruddin Othman, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Fairol Halim, Abdul Rahman Abdul Aziz, R Sivaperegasam P Rajanthiran, & Nik Fauziliana Mohd Tamizi. (2024). TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR -PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERHADAP KONSEP 1MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1721
Issue
Section
Articles