KEBERKESANAN ANIMASI CERITA RAKYAT INDIA TERHADAP MOTIVASI DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SJK(T) DAERAH KULIM
Abstract
Artikel ini membincangkan kajian yang mengukur keberkesanan Animasi Cerita Rakyat India dalam kalangan murid Tahun Lima SJK(T) di daerah Kulim. Kajian ini menggunakan data kualitatif untuk meneroka 12 prinsip animasi manakala data kuantitatif sebagai pendekatan kaedah kajian. Bagi data kualitatif, sepuluh orang animator telah dipilih untuk menganalisa 12 prinsip animasi dalam tiga siri Animasi Cerita Rakyat India menggunakan senarai semak prinsip animasi. Bagi data kuantitatif, reka bentuk eksperimen ujian-pra ujian-pasca telah digunakan untuk mengukur keberkesanan Animasi Cerita Rakyat India menggunakan borang soal-selidik. Instrumen ini mengandungi persoalan berkaitan dengan empat skala Model Motivasi ARCS oleh Keller. Seramai 108 murid dari tiga buah sekolah telah dipilih sebagai responden dan diagihkan kepada dua kumpulan (kumpulan rawatan dan kawalan) yang mengandungi 54 murid setiap satunya. Data yang dikumpul dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens untuk menjawab objektif kajian yang disenaraikan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min bagi ujian pra dan ujian pasca yang membuktikan Animasi Cerita Rakyat India memberikan kesan motivasi kepada murid. Ini memberi implikasi bahawa Animasi Cerita Rakyat India boleh dibangunkan bagi menghargai Cerita Rakyat India dan untuk memupuk nilai moral yang baik melalui animasi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Chitra Suparmaniam, & Maizatul Hayati Mohamad Yatim. (2024). KEBERKESANAN ANIMASI CERITA RAKYAT INDIA TERHADAP MOTIVASI DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SJK(T) DAERAH KULIM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1727
Issue
Section
Articles