PERSEPSI SISWA PENDIDIK TERHADAP ELEMEN FIQH IKHTILAF ‎DALAM ‎KURIKULUM FIQH IPGM

Authors

  • Ahmad Khairudin Taha Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, ‎Malaysia
  • Atikullah Hj. Abdullah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, ‎Malaysia

Abstract

Secara umumnya pihak ‎Malaysian Qualification Agency (MQA) (2015) melaporkan ‎bahawa ‎kurikulum PISMP ‎Pendidikan Islam mempunyai kelemahan dan perlu dibuat ‎‎penambahbaikan serta ‎diambil tindakan ‎pembetulan. Manakala elemen-elemen fiqh ‎ikhtilaf ‎pula adalah satu keperluan semasa yang penting yang patut diterapkan dalam ‎kurikulum ‎fiqh di IPGM. Namun begitu, setakat ini, tiada kajian yang khusus dijalankan ‎untuk ‎mengkaji cakupan elemen-elemen fiqh ikhtilaf dalam kurikulum fiqh ini. Artikel ‎ini akan ‎membincangkan gambaran awal berkaitan persepsi siswa pendidik opsyen ‎Pendidikan Islam ‎Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak terhadap ‎elemen-elemen fiqh ‎ikhtilaf yang terdapat dalam kurikulum fiqh bagi Program ‎Ijazah ‎Sarjana Muda Perguruan ‎‎(PISMP) Pendidikan Islam. Kajian ini adalah kajian ‎tinjauan. Soal selidik digunakan untuk ‎melihat persepsi siswa pendidik terhadap ‎elemen-elemen fiqh ikhtilaf yang terdapat dalam ‎kursus-kursus fiqh. Dapatan kajian ‎mendapati bahawa elemen-elemen fiqh ikhtilaf kurang ‎diterapkan dalam kurikulum ‎fiqh. Siswa pendidik juga menzahirkan pandangan tentang ‎ketidakmampuan mereka ‎untuk berinteraksi dengan isu-isu ikhtilaf yang berbangkit. Mereka ‎juga bersepakat ‎mengatakan pentingnya elemen fiqh ikhtilaf diterapkan dalam kurikulum ‎pengajian fiqh ‎di IPGM. Bagi memantapkan lagi kurikulum fiqh ini, kajian ini ‎mencadangkan ‎agar ‎kurikulum fiqh IPGM diteliti semula. Elemen-elemen fiqh ikhtilaf juga ‎patut diterapkan ‎dengan lebih baik dan lebih tersusun.‎

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ahmad Khairudin Taha, & Atikullah Hj. Abdullah. (2024). PERSEPSI SISWA PENDIDIK TERHADAP ELEMEN FIQH IKHTILAF ‎DALAM ‎KURIKULUM FIQH IPGM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1729