PENDEKATAN SOSIOBUDAYA VYGOTSKY DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Abstract
Artikel tinjuan sistematik ini memberi tumpuan kepada pendekatan Sosiobudaya Vygotsky dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak yang menumpukan kepada pengajaran pembelajaran dan perkembangan yang dapat dicapai melalui persekitaran sosiobudaya pelajar. Aktikel ini dibina dengan melakukan kajian-kajian lepas atau sorotan literatur bagi mendapatkan maklumat berkaitan pendekatan sosiobudaya Vygotsky yang merujuk terhadap aspek pengajaran pembelajaran dan perkembangan pelajar. Sementara itu, kaedah pelaporan artikel ini menggunakan item pelaporan pilihan untuk kajian sistematik dan Meta-Analisis (PRISMA) atau Systematic Literature Review (SLR) article yang diadaptasi untuk kajian semula penyelidikan semasa di samping menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science. Oleh itu, usaha pencarian ini telah menghasilkan sejumlah 26 artikel yang telah ditapis dan dianalisis secara sistematik dan kemudian tinjauan berjaya merumuskan enam tema utama yang terkandung dalam pendekatan sosiobudaya Vygotsky iaitu, tema Sosial, tema Bahasa, tema Proses, tema Pembelajaran bermakna, tema Pembina-pengetahuan, dan Artifak. Secara keseluruhan, analisis lebih lanjut mengenai enam tema telah menghasilkan lima sub-tema. Penemuan kajian ini telah merungkai lebih mendalam tentang sosiobudaya daripada perspektif Vygotsky sebagai asas kepada perkembangan kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Rosny Maidin. (2024). PENDEKATAN SOSIOBUDAYA VYGOTSKY DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1730
Issue
Section
Articles