PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MENINGKATKAN PEMIKIRAN ALGEBRA DALAM MURID-MURID TAHUN
Abstract
Teknologi multimedia memberi kesan dan menghasilkan interaksi kerjasama murid-murid dan guru-guru serta teknologi maklumat dalam pembelajaran yang mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran aktif. Menurut Trends in International Mathematics and Science Study (2015), hasil pentaksiran menunjukkan bahawa kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan di Malaysia perlu dipertingkatkan. Oleh itu, kemahiran ini penting untuk dipupuk di kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah yang perlu beralih dari aritmatik konkrit ke bahasa simbolik algebra seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Rasional kajian memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 4 dalam bidang Algebra tentang pemahaman pembolehubah, ungkapan dan persamaan. Perisian Pemikiran Algebra digunakan sebagai alat bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan ini melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran Algebra dalam pengajaran dan pembelajaran bidang Algebra bagi mata pelajaran matematik Tahun 4. Perisian Pemikiran Algebra digunakan sebagai alat bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) Tahun 4. Objektif kajian pertama ialah merekabentuk dan menghasilkan perisian kursus multimedia interaktif dengan menggunakan model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement, and Evaluate). Objektif kedua pula, mengkaji kesan perisian kursus pemikiran multimedia interaktif melalui menggunakan rangka kerja Kieran (2016) dalam membantu meningkatkan pemikiran Algebra dalam kalangan murid-murid Tahun 4. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan ke atas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini melibatkan murid-murid dari Sekolah SJKT Menglembu dan Sekolah SJKT Desa Pinji sebanyak 84 sampel kajian dari Tahun 4. Dapatan kajian akhir intervensi jelas menunjukkan bahawa pembelajaran menerusi perisian kursus pemikiran Algebra telah berjaya mempertingkatkan tahap pemikiran Algebra. Pencapaian dalam ujian pra adalah 6.76 (SD:2.750) bagi kumpulan rawatan manakala min purata bagi ujian pasca meningkat kepada 14.69 (SD:2.694) bagi kumpulan rawatan. Kajian terhadap pemikiran Algebra perlu dilanjutkan dengan melibatkan sampel yang lebih besar dan memastikan kajian seperti ini boleh digunakan melalui media teknologi maklumat bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Susila Devi Chelliah, & Nasir Masran. (2024). PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MENINGKATKAN PEMIKIRAN ALGEBRA DALAM MURID-MURID TAHUN . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1731
Issue
Section
Articles